Rabu, 25 Disember 2013

INDAHNYA BILA BERSAMAMU PART 1

***  Naziff Aliff  atau dikenali sebagai  Naz bergerak dengan pantas ke kafe.Dia sudah berjanji dengan aweknya tapi dia selalu lupa bila dah bertemu dengan  perempuan cantik. Sebaik saja dia melabuhkan punggung,Ainul Afina atau Fina mengangkat punggung mahu pergi. 'Eh,nak pergi mana pula ni?,"tanyanya sengal. Fina menjelingnya, "Nak balik,tidur lagi bagus."kata Fina tanpa memandangnya. "I love you you love me we are happy family,"pujuknya dengan wajah comelnya. Fina mengetap bibirnya, 'Dia ni tahu saja kelemahan aku,'kata hati Fina mendongkol geram. Fina kembali duduk tapi wajahnya kelat tiada senyuman manis diberikan pada Naziff. "Kali ni alasan apa pula,kau nak bagi?,'tanya Fina . Walaupun mereka berpacaran,mereka lebih selesa dipanggil kau aku saja.
*** "Urrm,kawan aku  minta aku repair laptop dia.Nak buat assigment malam ni."katanya dengan senyuman.Tetiba, "Hai Naziff,lain kali kita borak lagi ya.Bye..,"lambai gadis yang sexy itu pada Naziff. Fina merenung tajam pada Naziff yang tersenyum-senyum sambil melambai tangannya pada gadis itu dihadapannya.Fina segera bangun meninggalkannya dengan hati yang geram.
*** Naziff berpaling semula pada Fina, 'Eh,mana dia ni,"tanyanya pada diri sendiri.Naziff segera bangun dan keluar.Dilihat,Fina sedang termenung di hadapan kolam buatan.Naziff senyum dan mendekatinya, "I,m sorry,Fina."katanya serius tidak seperti tadi. 'Tak apalah,lagipun kau memang tak boleh pandang gadis cantik.Terus saja  lupa apa yang kau janji.Aku faham.'kata Fina tanpa memandangnya.Naziff rasa serba salah mendengar luahan hati Fina."Dahlah,cancel jelah.Aku nak balik dulu.'kata Fina dan melangkah pergi.Tapi langkahnya terhenti bila hujung bajunya ditarik perlahan. "I'm really sorry,"bisiknya.Bergetar hati Fina mendengarnya.Fina menolehnya,terdapat senyuman di bibirnya.Senyuman yang selalu mencairkan hatinya .Fina memeluk tubuhnya sambil menjongket kening, "Taktik baru apa?,"tanya Fina dengan senyuman.
*** Senang hati Naziff melihat senyuman itu, "Yup,taktik baru khas untuk kau seorang saja tau."katanya  dengan senyuman. Fina menumbuk bahunya, "Poyolah kau,"kata Fina. "Poyo poyo aku pun kau sayang aku kan."usiknya. Fina senyum malu, Naziff pula rasa geram sangat dengan wajah Fina yang kemerahan itu.
*** Feroz memandang Naziff sedang termenung, "Woi,kau tak ada kerja lain ke selain termenung lepastu senyum seorang sendiri.'tegur Feroz dengan suara lembutnya. Naziff menolak tubuh Feroz sehingga melatah mamat tu. "Sibuklah kau,aku Cuma teringatkan wajah Fina yang comel tu."katanya jujur. Feroz bangun dan memeluk tubuhnya, "Aku fikir kau ingatkan Si Kate tu yang sexy.'sindir Feroz. "Kate memanglah sexy tapi dia tak semanis Fina."kata Naziff yang mula angau.Feroz mengetuk kepala Naziff,"Dah-dahlah tu,kalau betullah kau angaukan Fina tu.Kau takkan bahasakan kau aku dengan dia."kata Feroz. 'Dia tak kisah pun aku panggil macam tu."kata Naziff. "Yalah,memanglah dia tak kisah macam kau.Tapi aku syorkan kau panggil dia dengan sweet sikit.Baby ke honey ke sayang ke."kata Feroz. 'Eeei,tak nak aku geli siot."katanya dengan mimik muka menggelikan. "Habistu,kau nak teruskan kau aku tu sampai kahwin apa?,"tanya Feroz geram. Naziff hanya senyap saja,mulutnya kembali senyum. "Aku tahu nak panggil dia apa?,"kata Naziff dengan mata bersinar.
*** "Didi,ambilkan buku yang itu."pinta Fina.Didi segera bagi, "Thanks,'ucap Fina dengan senyuman. Tetiba,ada orang menghalang jalannya. "Hai Fina,"sapanya dengan senyuman mesranya.Fina memandangnya dengan pelik, "Hai Naz.'jawabnya dengan pelik. "Nak dating tak hari ni."ajaknya. Fina ketawa perlahan. "Kayang u demam apa?,"tanya Fina dengan gelengan. "Fina,salahkah Naz ajak dating.Dengan Fina bukan dengan orang lain pun."katanya dengan wajah masam,merajuklah.Fina mengetuk kepalanya,dia salah dengar ke tadi. "Naz Fina."tanya Fina pelik plus gundah. Naziff hanya memandang saja sambil bersandar di rak buku tersebut.Fina menampar wajah Naziff. 'Adui,"jeritnya dengan segera Fina menutup mulutnya.Berkerut dahi Naziff menahan sakit di pipinya. Naziff menarik tangan Fina, "Sakitlah pipi aku."katanya dengan geram.Fina menarik nafas lega, "Sorry ya,"kata Fina dengan senyuman sambil menggosok pipi Naziff. Terpujuk Naziff dengan perlakuan Fina. "Kenapa Fina tampar Naz?,"tanyanya.Fina terkedu,terus saja dia pengsan disitu.
*** Tergelak-gelak Mida mendengar cerita teman baiknya,Fina. "Fina Fina,elok-elok si Naziff tu panggil macam tu.Kalau tetiba sayang,ayang,baby."kata Mida dengan sisa ketawanya. Fina hanya diam,dia teringat waktu dia pengsan tadi. "Eh,Fina.Fina."panggil Naziff kalut.Sedar-sedar saja Fina berada di bilik kesihatan bersama Naziff dan Feroz. "Kau kenapa pengsan,ngek?,"tanya Feroz dengan lembutnya. Fina memandang Naziff yang hanya diam dari tadi. "Aku penat kot."kata Fina lambat. Naziff masih diam,Feroz segera meninggalkan mereka. "Tak suka ke aku panggil kau macam tu."tanyanya serius. Fina menunduk, "Kenapa tetiba?,"tanya Fina. Naziff mengeluh, 'Kalau tak suka tak apalah.Aku tak paksa.Okeylah,aku ada kelas.Gerak dulu.Kau rehatlah."katanya dan pergi.
*** Fina menjerit sesalan dihadapan Mida yang sedang ketawa, "Woi,kau kenapa ?Dah gila,"katanya.Fina memandang Mida yang memandangnya dengan pelik serta mematikan ketawa Mida sekaligus. "Mesti kau ada cakap yang membuat si Naziff itu terasa kan."tanya Mida. Fina mengangguk menggeleng sehingga pening kepala Mida dibuatnya. "Kau ni mana satu yang betul.'kata Mida geram. "Aku tak tahu."jawab Fina turut pening. "Aku rasa better kau pergi pujuk dialah.Pujuk dengan romantik tau."usik Mida dengan tawanya.Fina menjeling geram pada Mida yang tak habis-habis mengusiknya dengan Naziff.
*** Naziff buat tak tahu dengan Mary yang sedang membebel pasal fesyen terkini.Itu pun Naziff memaksanya membebel pasal fesyen. 'Kesian Mary jadi mangsa aku,'kata hati Naziff.Dia merajuk dengan Fina,dia tak boleh terima bila Fina biarkan dia pergi. Muncungnya sedepa bila teringatkan balik peristiwa tadi. 'Boleh pula sampai pengsan bila aku panggil macam tu,'kata hatinya. Dalam dia sedang berfikir,Fina sudah menggantikan tempat Mary. 'Thank you,'kata Mary perlahan. Fina hanya senyum saja. Naziff mengerutkan dahi bila Mary tetiba diam, 'Penat ke?,'tanyanya dan menoleh. Fina  senyum manis pada Naziff yang sedang mengerutkan dahinya.Naziff terus berpaling muka dengan muka masamnya. "Nak apa?,"tanya Naziff keras. "Kata nak dating,"kata Fina. "Tak jadi,aku sakit."katanya.Fina menahan ketawa mendengar suara Naziff yang macam budak-budak,comel sangat. "Sakit apa?,"tanya Fina. "Sakit hati,"kata Naziff dan bangun.Fina turut sama bangun dan mengikutnya.Naziff duduk di kerusi batu berhadapan taman.Fina duduk disebelahnya masih lagi dengan senyuman manis, "Wah,kita dating dekat sini ya.seronoknya."kata Fina dengan suara terujanya.Naziff merenung tajam, "Siapa kata kita dating?,"tanyanya dengan suara serius. "Kaulah,"kata Fina selamba. "Kan aku kata aku sakit..,"katanya dipotong. "Sakit  dekat sini ke?,"tanya Fina sambil meletakkan tangannya di dada Naziff.Apapun yang Fina buat mampu buat Naziff tersenyum semula. "Wah,kau senyumlah.'kata Fina gembira. Naziff kembali serius dan berpaling.Fina mengeluarkan coklat kegemaran mereka. Ditayangkan pada  Naziff. "Tengok ni ada apa ditangan saya."pancing Fina. Tapi Naziff tetap serius, Fina berfikir sebentar, 'Apa aku perlu pegang tangan dia?,"tanya Fina sambil memandang tangan Naziff yang berada di paha.Dengan perlahan-lahan Fina mahu memegang tangan Naziff.Naziff yang nampak apa yang Fina cuba lakukan  senyum-senyum.Tetiba naziff mengangkat tangannya membuatkan Fina terkejut dan terlepas coklat ditangannya. Naziff memandangnya dengan serius, "Kau pahal?,"tanyanya.Fina sedaya upaya cover malunya. 'Urrm,aku terkejut nampak katak melompat tadi."kata Fina sambil menggaru tangannya yang tak gatal. Naziff mengecilkan matanya,Fina sudah resah. "Cuba cakap betul-betul,"sergah dia membuat Fina terkejut, "Aku cuba nak pegang tangan kau,"katanya laju terus saja ditutup mulutnya dengan tangannya sendiri. "Kau nak buat apa pegang-pegang tangan aku?,"tanyanya lagi.Fina merengus, 'Aku cuba pujuk kaulah."kata Fina.Kali ni dia pula yang geram,Naziff mendapat idea yang nakal.Fina yang sedang geram dengan Naziff terkejut bila Naziff mendekati dirinya dengan terlalu dekat.Fina terbelakang melihat dia yang terlalu dekat. Naziff mendekatinya lagi dengan muka serius. Kali ni Fina terbaring di kerusi batu itu, "Kau apahal,"tanya Fina cuak. Naziff menunjukkan apa yang berada di tangannya. "Aku nak ambil ni saja."katanya dan meninggalkan Fina yang still cuak. Fina mengusap dadanya yang berdegup laju.
*** Fina menantinya seperti biasa,sambil menunggu Naziff Fina membaca buku yang digemarinya selama ni.Beberapa minit kemudian,kedengaran ketawa dan suara lembut yang membingitkan telinganya.Dilihat, Naziff sedang bergelak tawa dengan seorang perempuan yang dia tak kenal pula. Naziff dan perempuan itu mendekatinya, "Fina,tak apa-apakan dia join kita.Dia pelajar baru dekat sini.'katanya.Fina hanya pandang saja muka mereka berdua.Fina hanya pandang saja mereka yang bergelak sakan seolah-olah dia tak wujud dekat situ.Fina hanya mendengar saja,dia tak ada mood nak baca buku depan mereka berdua.Baca bukannya masuk kepala pun kalau ada yang memekak. Satu jam mereka berbual tanpa memandangnya langsung, "Okeylah,aku gerak dulu."kata Naziff dan pergi bersama dengan perempuan yang tak perkenalkan dia langsung. Fina menyedut air dengan laju mengelakkan rasa marah menyerbu di seluruh badan.Pada hari seterusnya,kali ni Naziff bawa perempuan itu join dengan mereka sekaligus.Fina tidak dipedulikan langsung.Feroz dan Mida hanya ketawa buat-buat sahaja bila Naziff menyebut nama mereka berdua.Pada waktu malam,Fina menanti call daripada Naziff kerana Naziff memang akan call dia setiap malam tapi dah dua hari dia tak call.Fina hanya merenung telefon itu kalau dah lebih dari pukul 11 malam baru dia tidur terus.
*** "Mida,cuba kau selesaikan ni.Aku tak dapatlah selesaikan.'kata Fina yang ketika itu berada di meja batu yang berada di taman hijau bersama Mida. "Adui kau ni,bab ni bukan main senang  pun kau tak boleh nak faham dengan cepat,"bebelnya.Fina yang senyum saja mendengar bebelan Mida mengakui dia memang lembap bab belajar matematik moden. Sedang Fina mendengar apa yang Mida kata,fokusnya terganggu bila mendengar suara yang amat dia kenali. Fina mencari suaranya dan pandangannya terhenti memandangn dua orang yang duduk tak jauh daripada mereka. "Naziff,you ni jenis kelakar orangnya ada saja cerita yang you bawa sampai tak berhenti saya ketawa lagi-lagi pasal minah kerek tu siapa nama dia,Fina ya."kata perempuan itu yang dikenali sebagai Rania. Berasap telinga Fina mendengar panggilan yang si Rania katakan. "Dia memang macam tu,ingat tak masa kali pertama jumpa dia dekat café.Mukanya dia macam mana?,'tanya Naziff tanpa sedar akan kehadiran Fina disitu.Mida yang sedang membebel tidak dipedulikannya. "Untungnya,siapa yang jadi awek you.You mesti ada awek kan.'kata raina dengan gediknya. Naziff senyum, "I tak ada awek."hanya kata-kata itu saja yang mampu menyentapkan perasaan Fina. Fina terus mengemas barangnya diatas meja dengan hati yang sakit.Mida terkejut melihat Fina yang berkemas. 'Eh,apsal kau kemas.Aku belum habis terangkan.Nak kata  lepas ni ada kelas tak ada pun.Kau nak pergi mana cepat-cepat ni.'bebel Mida. "Mida,"jerit Fina sambil menahan gelora hatinya. Terdiam Mida dan menarik perhatian orang lain termasuk orang yang menyakitkan hatinya. Fina menarik nafas dengan dalam-dalam cuba tenangkan perasaanya yang sedang galau. 'Aku minta maaf Mida.tapi aku rasa aku nak balik sekarang.Aku rasa tak sihat."kata Fina,suaranya turut berubah.Fina terus saja pusing tak mahu jawab apa-apa soalan daripada Mida.Tapi dia terlanggar tubuh orang yang menyakitkan hatinya. 'Aduh,sakitnya.'kata Naziff dengan suara lembutnya yang tajam macam pisau boleh bunuh sesiapa saja. Fina tak memandangnya,barang yang jatuh diambil dengan laju. 'Fina,kau nak pergi mana ni.Gesanya."kata Naziff. 'kau apa tahu,"kata Fina dan pergi. "Fina,"panggil Naziff tapi panggilannya tak diendahkan. "Kenapa dengan dia,datang bulan apa?,"tanya Naziff bingung. "Aku manalah tahu,tadi okey saja.Boleh senyum lagi .Tetiba saja,dia kemas dengan laju.Cakap dengan aku pun lain macam."kata Mida bengang. Naziff memandang Raina yang sedang mendekati mereka. Baru dia teringat, 'Jangan cakap Fina salah faham."kata Naziff. Mida hanya diam bingung tak faham.Naziff meraup wajahnya.
*** Fina tersedu-sedu diatas katil. 'Asal aku nak nangis pasal mamat tu."kata Fina dengan geram tapi air matanya tetap mengalir dengan laju.Telefon dimatikan,tak mahu dirinya diganggu bila tengah sedih.Ketukan di pintu,tidak dipedulikan. "Fina, Naziff nak jumpa."kata Mida. Fina hanya diam saja,tak mahu menyahut sehingga Mida menjadi bosan.Fina tidur dengan keadaan sedih.Esoknya,dia tak datang kolej. "Mana Fina?,"tanya Naziff laju. Mida memandang bosan, 'Dia tak sihat."jawab Mida tanpa memandangnya. "Kau sure dia tak sihat,kau dah pesan dekat dia makan ubat tak."bebel Naziff.Mida  mengerutkan dahinya, "Yang kau kisahkan sangat kenapa.Selama beberapa hari ni,kau tak peduli pun pasal dia.Sibuk dengan minah gedik tu,Fina langsung tak dipedulikan bila dah jadi macam ni baru nak ambil tahu.'bebel Mida pula dan pergi.
***Fina membaca buku tanpa gangguan sesiapa pun di taman. "Hai,'sapa satu suara yang pasti sudah Fina membuat persediaan awal-awal lagi dengan memastikan tembok dihatinya kuat dan tak mudah rapuh seperti dulu. Fina hanya diam tak memandangnya,fina tetap meneruskan bacaannya. "Lama tak nampak,"katanya.Fina hanya diam saja, "Fina, I'm sorry.Apa yang kau dengar hari itu semuanya salah faham.Kau Cuma dengar depannya saja kau tak dengar belakangnya lagi."kata Naziff. "Aku tak kisah pun kau nak cakap apa,Naziff.Kau couple dengan dia ke apa ke.Aku tak kisah,"kata Fina tanpa memandangnya. "Tapi aku nak kau kisah pasal hal ni.Aku tak nak berlaku salah faham."katanya. "Do I care?,"tanya Fina dengan selamba bersama wajah selambanya.Apa-apa pun Fina sudah mencabar egonya, "Yes,kau mesti kisah sebab kau kekasih aku.Dan aku tak nak salah faham ni jadi virus antara aku dengan kau."kata Naziff serius. 'Aku rasa lidah kau terbelit tadilah Naziff,kau sepatutnya cakap macam ni sebab kau bukan kekasih aku."kata Fina dengan lagak selamba.Wajahnya yang selamba menyakitkan pandangan Naziff. "kau lupa ek,selama ni mana pernah kita jadi kekasih ni.Eeii,geli aku dengar perkataan kekasih ni.orang yang jiwang-jiwang saja boleh kekasih.Aku ni bukannya jiwang,aku ni kan hanya sekadar perempuan bosan kerek saja."kata Fina. Naziff memandang geram, "Kau betul,semuanya betul apa yang kau cakap memang betul Afina.Kau perempuan kerek bosan yang pernah aku jumpa ."katanya dengan geram. "Yeah,that's me."kata Fina dengan bangga. "Dan kau tahu tak,apa yang malangnya untuk aku,macam manalah aku boleh terpikat dengan kau yang bosan kerek.Menyesal aku cerita dekat Raina pasal kau yang kononnya kaulah perempuan yang pertama dan juga yang terakhir aku cinta.Bodohnya aku."kata Naziff dengan geram.Fina memandang saja dengan senyuman, 'Ha'ah kau memang bodoh.Dah habis kan so blahlah."kata Fina menghalaunya pergi. Naziff memandangya dengan tajam. "Aphal pandang-pandang tak puas hati lgi."kata Fina. Naziff terus saja pergi,coklat itu dicampak ketepi.
*** Selepas Naziff pergi,Fina menarik nafas cuba tenangkan dirinya yang sentiasa galau sejak tadi. Fina memandang coklat yang dah kotor dengan perasaan sedih.Fina menutup telinganya tak mahu dengar apa yang dia dengar daripada Naziff. 'Kaulah perempuan pertama dan yang terakhir aku cinta."katanya masih terngiang-ngiang di telinga Fina.Hanya kata-kata saja mampu buat Fina tak lalu makan,tidur tak tenang.Setiap hari Fina cuba lupakan segalanya tentang apa yang berlaku selama ni dengan membanyakkan belajar sehingga lupa segala keperluan hariannnya.
*** Suatu hari,Fina harus mempersembahkan slide show dihadapan semua orang termasuklah dirinya,Naziff.Fina cuba berlagak sedaya upaya yang dia boleh lakukan padahal dalam hatinya gemuruh. Fina senyum saja,dia memulakan perbincangannya.Semasa sedang bercakap menerangkan semua fakta. Hidung Fina berdarah, Fina mengelapnya. "Fina,are you okay?,"tanya Prof.Dian risau. Fina memandang darahnya sendiri. Matanya lama terpaku pada tangannya yang berdarah. "Fina,"panggil Prof.Dian. Tetiba tangan Fina ditarik membuatkan Fina memandangnya. "Ni sirap,Fina.Ingat,ni sirap bukan darah."katanya.Fina masih membisu kerana dia amat fobia dengan darah dan pekara itu diketahui oleh Naziff. "Tengok,saya jilat.Sirap syg bkn darah."katanya cuba tenangkan Fina. Yang lain yang melihat rasa geli apabila Naziff menjilat darah Fina. "Saya panggil doktor kolej."kata Prof.Dian. Fina memandang wajah Naziff yang berusaha memujuknya. "Tak payah nak tipu aku,aku kenal mana sirap."kata Fina dengan senyuman. Naziff membuka mata Fina yang nak tutup. "Jangan kau berani nak pejam mata depan aku.Aku kata sirap siraplah."kata Naziff sambil merapatkan dahinya didahi Fina.Ramai yang memerhati tapi tidak dipedulikan olehnya. "Aku sayang kau,Fina.Jangan buat aku macam ni.Just follow what I say,it will be okey,syg."pujuknya hanya ditelinga Fina saja. Fina yang sudah mula pulih semakin teruk mendengar Naziff panggilnya sayang. Fina pengsan di pelukannya kerana terkejut.
*** Muka Fina sedari merah memanjang, "Kenapa dengan wajah kau Fina,merah dari tadi tahu tak."kata Feroz. "Ha'ah,daripada kau sedar dah merah muka kau ni.Asal kau sakit ke."tanya Mida risau.Naziff tiada di situ hanya ada Mida,Feroz dan Rania. "Aku okey,panas dekat sini agaknya itu yang muka aku merah."kata Fina dan mengelap wajahnya konon-konon ada peluh. "Alamak,aku dah lewatlah."kata Feroz dan terus menarik tangan Mida. "Aku pergi dulu."kata Feroz dengan segera. Fina tak syak apa-apa pun. Rania hanya senyum saja, "Hai Fina,"tegurnya.Fina hanya senyum saja. "Thanks jenguk saya Rania."kata Fina. "You girlfriends Naziff bermakna you pun kawan I lah."kata Rania. "Tapi kami dah,"kata Fina dipotong. "Dia tak anggap pun yang korang dah putus Fina.He really loves you.Walaupun dia tak jiwang macam mamat lain.I know you loves him too kalau tak,takkan sampai benci pada dia.Orang kata benci tu sayang."kata Rania. Fina hanya diam saja,melihat Fina yang diam, "You memang salah faham Fina,dia tak izinkan I puji dia dia suruhlah saya panggil you kerek ke gedik ke bosan ke.Asalkan tiada yang memuji you hanya dia yang boleh puji you.Dia yang kata and pasal yang lagi satu sebenarnya diacakap macam ni  'I tak ada awek yang gedik,seksi,manja.I Cuma ada satu awek yang sekepala dengan I dan hanya dia seorang saja tahu pasal I' itu yang dia kata pada I."kata Rani. Fina memeluk kakinya, "Nampaknya, saya buat kesilapan besar."kata Fina dengan wajah kecewa,wajah yang merah tadi sudah hilang. "Everyone made mistakes Fina dan you hanya perlu membetulkan saja dengan berbincang dengan cara baik."kata Rania.Fina memegang tangan Rania dengan kejap. "Thanks,for giving me advice."kata Fina dengan senyuman. Rania membalas pegangan, "Most welcome,we friends right."katanya. "Yeah,we friends."kata Fina dan memeluknya. "Okeylah,I gotta go ada class.Kejap lagi Naziff datang tadi dia kena cover you."kata Rania dengan senyuman dan mahu pergi. 'Naziff datang sini nanti."tanya Fina kecut mukanya kembali merah. 'relakslah."kata Rania dan pergi. Fina dah gusar,Fina menarik nafas beberapa kali baru mendapat sedikit ketenangan. "Kau okey?,"sapanya membuatkan Fina terjerit hilang ketenangannya. "Akulah,"kata Naziff sambil menepuk pipi Fina. Fina memandangnya yang agak dekat dengannya.Fina terus menolaknya dengan jeritan terkejutnya. "Hei relakslah,kalau ya pun benci aku pun jangan sampai jerit macam orang gila."kata Naziff dengan muka masamnya.Fina menutup mulut berkali-kali dia menarik nafas. "Nah,aku belikan makanan untuk kau."katanya dan meletakkan makanan tersebut disebelah Fina.Fina tak boleh bertenang selagi ada Naziff disitu. Naziff menepuk belakangnya, 'Kau kenapa,tak cukup oxygen apa."katanya pelik.Fina merasa sakit betul, "Balas dendam apa?,"tanya Fina geram. "Sebahagiannya ya."kata Naziff. Fina dah muncung sedepa, 'Dah ambil makan,nanti pengsan pasal lain pula.'kata Naziff. Fina hanya diam,wajah naziff ditenung dengan tajam. "Sebab kaulah aku pengsan."gumam Fina perlahan. "Apa dia,kau cakap apa tadi?,'tanyanya. "Mana ada aku cakap apa-apa."kata Fina.Naziff tak banyak tanya, "Ingatkan pekak,"gumamnya lagi. 'Aku tak pekak."jawab Naziff  dan memandang Fina yang merah saja tadi wajahnya. "Kejap lagi aku blahlah."katanya sambil membuka nota tadi yang disalinnya dua kali. Fina terpana,'Aku ada suruh dia blah ke tadi,'tanyanya dalam hati. Naziff tekun saja menyalin,Fina memandang saja. Beberapa minit kemudian, "Nah,ambil ni.Aku dah salinkan untuk kau.Aku blah dulu seperti yang kau inginkan.'kata Naziff tanpa memandangnya.fina hanya memandang sahaja tulisan Naziff yang comel tu. Fina tersenyum, Naziff mahu pergi tapi tangannya ditarik. Dia menoleh,berdebar juga hatinya bila Fina pegang tangan dia. "Kau belum makan lagi kan."kata Fina. "Aku tak lapar pun, lagipun siapa yang kisah kalau aku makan ke tak, bukan."katanya. Fina terdiam, "Dahlah,aku nak pergi kelas.Kau bukannya suka aku dekat sini."kata Naziff dan menarik tangannya. Tapi Fina tak mahu lepaskan,"Ish,kau ni aphal.'tanyanya dan memandang wajah Fina yang hanya mendung saja. Tetiba ada air yang keluar dari mata Fina. "Aphal kau menangis pula?,"tanya Nazif  perlahan  yang lemah betul bila nampak air mata tu. "Mana ada aku menangis.Aku berpeluhlah."kata Fina geram. "Ok,kenapa kau berpeluh dekat mata.Aku nak pergi class."katanya. "Mana ada ku berpeluh aku menangislah."kata Fina geram dan menolak tangan Naziff.Naziff mengeluh dan mahu meninggalkan Fina yang sedang mengesat air matanya.Naziff duduk disebelah Fina tak jadi dia nak pergi kelas. Naziff mengelap air matanya, "Dahlah tu,aku maafkan kaulah.Aku tahu kau emosional masa tu."kata Naziff tetiba. 'Aku tak cakap apa-apa pun."kata Fina. "Tapi itu yang kau nak cakapkan."kata Naziff laju. Fina merenung wajah Naziff yang sedang memandangnya. Fina kembali menangis, "Aku minta maaf."kata Fina sambil menarik-narik baju Naziff. 'Aku yang bodoh bukan kau."kata Fina geram tapi Naziff yang kena.  "Dan kau tak boleh hidup tanpa aku.'kata Naziff. "Aku tak boleh hidup tanpa kau."raung Fina.Naziff senyum gembira. Fina berhenti tetiba, "Aku cakap apa tadi ek?,"tanyanya. "Entah tak tahu."kata Naziff dengan selamba. "Dahlah aku nak pergi kelas."kata Naziff menolak pegangan Fina. Fina menariknya lagi. "Kau maafkan aku tak?,"tanya Fina dengan wajah comelnya. "Tak,"kata Naziff. "Tadi kau kata kau maafkan aku."kata Fina. "Dah tahu aku dah cakap yang kau tanya lagi kenapa?,"tanya Naziff. "Habis yang lagi satu tu?,"tanya Fina yang segan bila cakap pasal cinta. "Yang mana pula?,"tanyanya yang betul-betul dah lewat. "Yang tulah awe..k,"tanya Fina yang dah merah padam wajahnya. 'Apa dia,aku tak dengarlah."kata  Naziff sengaja dan mendekatkan telinganya pada bibir Fina. Fina memukulnya dengan geram. "Aduh,sakitlah.Aku dah lambatlah nanti aku jumpa kaulah.Pasal awek tu kau memang still awek aku sebab selamanya aku takkan lepaskan kau."katanmya dengan senyuman dan mencium pipi Fina dengan selamba. Fina terkejut matanya terbeliak. "See later,"jerit Naziff membuatkan Fina tersedar. Disentuh pipinya yang dicium oleh Naziff,Fina mengambil nota yang diberi oleh Naziff dicium berkali-kali kertas tu kerana ada bau Naziff yang melekat pada kertas tu.
*** Naziff melihat jamnya dengan geram, "Mana dia ni?,'gumamnya dalam hati. Fina melihat naziff yang berdiri dengan geram di hadapan pintu Mall. Naziff mengeluarkan phonenya,didail nombor Fina, 'Dahlah lama tak jumpa."katanya geram.Fina berdiri dibelakangnya dengan senyuman. Panggilan dijawab, "Mana Fina,dah lama Naz tunggu tau."katanya geram. Fina senyum, "Fina sesatlah,Aduh."kata Fina gusar. "Fina dekat mana Naz cari sekarang."katanya turut risau. "Urrm,dekat depan pintu mall ni.Betul-betul depan pintu mall."kata Fina dengan yakin. Naziff mengerutkan dahi dan berpusing.Fina senyum bila Naziff memandangnya. Terus saja Naziff menjentik dahinya. "Auch,sakitlah."kata Fina. Naziff menjelir lidah, "Siapa suruh lambat?,"tanya Naziff. "Dah jumpa pun marah."kata Fina. Naziff senyum melihat Fina yang makin manja dengannya begitu juga dengan dirinya. "I miss you,"ucapnya dengan perlahan. Fina memandangnya dengan senyuman. "Fina  pun rindukan Naz."kata Fina dan mencubit pipinya.Naz menarik tangannya dan dipegang dengan erat. "rindu je?,"tanyanya. Fina ketawa perlahan, "Love you,"kata Fina. Naziff mencium dahinya, "Naz,public."kata Fina. "kena pergi tempat soroklah.Ok,jom."acahnya. Fina memukulnya. 'Gatal,"kata Fina.

Hati ini kan terasa sepi tanpa senyuman indah yang lunturkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh bukan cinta membahagiakan
Hanya keihklasan didalam hatimu untuk merasakan ikatan hati kita
Ku ingin kau berada disisiku dalam waktu sukar atau bahagia
Oh Cinta panjatkanlah bintang hamba ini
Cinta kau berikanlah kekuatan untuk meniti cubaan darimu

Semoga hari kami kembali menyinari jalan ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan