*** Naziff Aliff
atau dikenali sebagai Naz
bergerak dengan pantas ke kafe.Dia sudah berjanji dengan aweknya tapi dia
selalu lupa bila dah bertemu dengan
perempuan cantik. Sebaik saja dia melabuhkan punggung,Ainul Afina atau
Fina mengangkat punggung mahu pergi. 'Eh,nak pergi mana pula ni?,"tanyanya
sengal. Fina menjelingnya, "Nak balik,tidur lagi bagus."kata Fina
tanpa memandangnya. "I love you you love me we are happy
family,"pujuknya dengan wajah comelnya. Fina mengetap bibirnya, 'Dia ni
tahu saja kelemahan aku,'kata hati Fina mendongkol geram. Fina kembali duduk
tapi wajahnya kelat tiada senyuman manis diberikan pada Naziff. "Kali ni
alasan apa pula,kau nak bagi?,'tanya Fina . Walaupun mereka berpacaran,mereka
lebih selesa dipanggil kau aku saja.
*** "Urrm,kawan aku minta aku repair laptop dia.Nak buat
assigment malam ni."katanya dengan senyuman.Tetiba, "Hai Naziff,lain
kali kita borak lagi ya.Bye..,"lambai gadis yang sexy itu pada Naziff. Fina
merenung tajam pada Naziff yang tersenyum-senyum sambil melambai tangannya pada
gadis itu dihadapannya.Fina segera bangun meninggalkannya dengan hati yang
geram.
*** Naziff berpaling
semula pada Fina, 'Eh,mana dia ni,"tanyanya pada diri sendiri.Naziff
segera bangun dan keluar.Dilihat,Fina sedang termenung di hadapan kolam
buatan.Naziff senyum dan mendekatinya, "I,m sorry,Fina."katanya
serius tidak seperti tadi. 'Tak apalah,lagipun kau memang tak boleh pandang
gadis cantik.Terus saja lupa apa yang
kau janji.Aku faham.'kata Fina tanpa memandangnya.Naziff rasa serba salah
mendengar luahan hati Fina."Dahlah,cancel jelah.Aku nak balik dulu.'kata
Fina dan melangkah pergi.Tapi langkahnya terhenti bila hujung bajunya ditarik
perlahan. "I'm really sorry,"bisiknya.Bergetar hati Fina
mendengarnya.Fina menolehnya,terdapat senyuman di bibirnya.Senyuman yang selalu
mencairkan hatinya .Fina memeluk tubuhnya sambil menjongket kening,
"Taktik baru apa?,"tanya Fina dengan senyuman.
*** Senang hati
Naziff melihat senyuman itu, "Yup,taktik baru khas untuk kau seorang saja
tau."katanya dengan senyuman. Fina
menumbuk bahunya, "Poyolah kau,"kata Fina. "Poyo poyo aku pun
kau sayang aku kan."usiknya. Fina senyum malu, Naziff pula rasa geram
sangat dengan wajah Fina yang kemerahan itu.
*** Feroz memandang
Naziff sedang termenung, "Woi,kau tak ada kerja lain ke selain termenung
lepastu senyum seorang sendiri.'tegur Feroz dengan suara lembutnya. Naziff
menolak tubuh Feroz sehingga melatah mamat tu. "Sibuklah kau,aku Cuma
teringatkan wajah Fina yang comel tu."katanya jujur. Feroz bangun dan
memeluk tubuhnya, "Aku fikir kau ingatkan Si Kate tu yang sexy.'sindir
Feroz. "Kate memanglah sexy tapi dia tak semanis Fina."kata Naziff
yang mula angau.Feroz mengetuk kepala Naziff,"Dah-dahlah tu,kalau betullah
kau angaukan Fina tu.Kau takkan bahasakan kau aku dengan dia."kata Feroz.
'Dia tak kisah pun aku panggil macam tu."kata Naziff.
"Yalah,memanglah dia tak kisah macam kau.Tapi aku syorkan kau panggil dia
dengan sweet sikit.Baby ke honey ke sayang ke."kata Feroz. 'Eeei,tak nak
aku geli siot."katanya dengan mimik muka menggelikan. "Habistu,kau
nak teruskan kau aku tu sampai kahwin apa?,"tanya Feroz geram. Naziff
hanya senyap saja,mulutnya kembali senyum. "Aku tahu nak panggil dia
apa?,"kata Naziff dengan mata bersinar.
***
"Didi,ambilkan buku yang itu."pinta Fina.Didi segera bagi,
"Thanks,'ucap Fina dengan senyuman. Tetiba,ada orang menghalang jalannya.
"Hai Fina,"sapanya dengan senyuman mesranya.Fina memandangnya dengan
pelik, "Hai Naz.'jawabnya dengan pelik. "Nak dating tak hari
ni."ajaknya. Fina ketawa perlahan. "Kayang u demam apa?,"tanya
Fina dengan gelengan. "Fina,salahkah Naz ajak dating.Dengan Fina bukan
dengan orang lain pun."katanya dengan wajah masam,merajuklah.Fina mengetuk
kepalanya,dia salah dengar ke tadi. "Naz Fina."tanya Fina pelik plus
gundah. Naziff hanya memandang saja sambil bersandar di rak buku tersebut.Fina
menampar wajah Naziff. 'Adui,"jeritnya dengan segera Fina menutup
mulutnya.Berkerut dahi Naziff menahan sakit di pipinya. Naziff menarik tangan
Fina, "Sakitlah pipi aku."katanya dengan geram.Fina menarik nafas
lega, "Sorry ya,"kata Fina dengan senyuman sambil menggosok pipi
Naziff. Terpujuk Naziff dengan perlakuan Fina. "Kenapa Fina tampar
Naz?,"tanyanya.Fina terkedu,terus saja dia pengsan disitu.
*** Tergelak-gelak
Mida mendengar cerita teman baiknya,Fina. "Fina Fina,elok-elok si Naziff
tu panggil macam tu.Kalau tetiba sayang,ayang,baby."kata Mida dengan sisa
ketawanya. Fina hanya diam,dia teringat waktu dia pengsan tadi. "Eh,Fina.Fina."panggil
Naziff kalut.Sedar-sedar saja Fina berada di bilik kesihatan bersama Naziff dan
Feroz. "Kau kenapa pengsan,ngek?,"tanya Feroz dengan lembutnya. Fina
memandang Naziff yang hanya diam dari tadi. "Aku penat kot."kata Fina
lambat. Naziff masih diam,Feroz segera meninggalkan mereka. "Tak suka ke
aku panggil kau macam tu."tanyanya serius. Fina menunduk, "Kenapa
tetiba?,"tanya Fina. Naziff mengeluh, 'Kalau tak suka tak apalah.Aku tak
paksa.Okeylah,aku ada kelas.Gerak dulu.Kau rehatlah."katanya dan pergi.
*** Fina menjerit
sesalan dihadapan Mida yang sedang ketawa, "Woi,kau kenapa ?Dah
gila,"katanya.Fina memandang Mida yang memandangnya dengan pelik serta
mematikan ketawa Mida sekaligus. "Mesti kau ada cakap yang membuat si
Naziff itu terasa kan."tanya Mida. Fina mengangguk menggeleng sehingga
pening kepala Mida dibuatnya. "Kau ni mana satu yang betul.'kata Mida
geram. "Aku tak tahu."jawab Fina turut pening. "Aku rasa better
kau pergi pujuk dialah.Pujuk dengan romantik tau."usik Mida dengan
tawanya.Fina menjeling geram pada Mida yang tak habis-habis mengusiknya dengan
Naziff.
*** Naziff buat tak
tahu dengan Mary yang sedang membebel pasal fesyen terkini.Itu pun Naziff
memaksanya membebel pasal fesyen. 'Kesian Mary jadi mangsa aku,'kata hati
Naziff.Dia merajuk dengan Fina,dia tak boleh terima bila Fina biarkan dia
pergi. Muncungnya sedepa bila teringatkan balik peristiwa tadi. 'Boleh pula
sampai pengsan bila aku panggil macam tu,'kata hatinya. Dalam dia sedang
berfikir,Fina sudah menggantikan tempat Mary. 'Thank you,'kata Mary perlahan.
Fina hanya senyum saja. Naziff mengerutkan dahi bila Mary tetiba diam, 'Penat
ke?,'tanyanya dan menoleh. Fina senyum
manis pada Naziff yang sedang mengerutkan dahinya.Naziff terus berpaling muka
dengan muka masamnya. "Nak apa?,"tanya Naziff keras. "Kata nak
dating,"kata Fina. "Tak jadi,aku sakit."katanya.Fina menahan
ketawa mendengar suara Naziff yang macam budak-budak,comel sangat. "Sakit
apa?,"tanya Fina. "Sakit hati,"kata Naziff dan bangun.Fina turut
sama bangun dan mengikutnya.Naziff duduk di kerusi batu berhadapan taman.Fina
duduk disebelahnya masih lagi dengan senyuman manis, "Wah,kita dating
dekat sini ya.seronoknya."kata Fina dengan suara terujanya.Naziff merenung
tajam, "Siapa kata kita dating?,"tanyanya dengan suara serius.
"Kaulah,"kata Fina selamba. "Kan aku kata aku
sakit..,"katanya dipotong. "Sakit
dekat sini ke?,"tanya Fina sambil meletakkan tangannya di dada
Naziff.Apapun yang Fina buat mampu buat Naziff tersenyum semula. "Wah,kau
senyumlah.'kata Fina gembira. Naziff kembali serius dan berpaling.Fina
mengeluarkan coklat kegemaran mereka. Ditayangkan pada Naziff. "Tengok ni ada apa ditangan
saya."pancing Fina. Tapi Naziff tetap serius, Fina berfikir sebentar, 'Apa
aku perlu pegang tangan dia?,"tanya Fina sambil memandang tangan Naziff
yang berada di paha.Dengan perlahan-lahan Fina mahu memegang tangan
Naziff.Naziff yang nampak apa yang Fina cuba lakukan senyum-senyum.Tetiba naziff mengangkat
tangannya membuatkan Fina terkejut dan terlepas coklat ditangannya. Naziff
memandangnya dengan serius, "Kau pahal?,"tanyanya.Fina sedaya upaya
cover malunya. 'Urrm,aku terkejut nampak katak melompat tadi."kata Fina
sambil menggaru tangannya yang tak gatal. Naziff mengecilkan matanya,Fina sudah
resah. "Cuba cakap betul-betul,"sergah dia membuat Fina terkejut,
"Aku cuba nak pegang tangan kau,"katanya laju terus saja ditutup
mulutnya dengan tangannya sendiri. "Kau nak buat apa pegang-pegang tangan
aku?,"tanyanya lagi.Fina merengus, 'Aku cuba pujuk kaulah."kata Fina.Kali
ni dia pula yang geram,Naziff mendapat idea yang nakal.Fina yang sedang geram
dengan Naziff terkejut bila Naziff mendekati dirinya dengan terlalu dekat.Fina
terbelakang melihat dia yang terlalu dekat. Naziff mendekatinya lagi dengan
muka serius. Kali ni Fina terbaring di kerusi batu itu, "Kau
apahal,"tanya Fina cuak. Naziff menunjukkan apa yang berada di tangannya.
"Aku nak ambil ni saja."katanya dan meninggalkan Fina yang still
cuak. Fina mengusap dadanya yang berdegup laju.
*** Fina menantinya
seperti biasa,sambil menunggu Naziff Fina membaca buku yang digemarinya selama
ni.Beberapa minit kemudian,kedengaran ketawa dan suara lembut yang membingitkan
telinganya.Dilihat, Naziff sedang bergelak tawa dengan seorang perempuan yang
dia tak kenal pula. Naziff dan perempuan itu mendekatinya, "Fina,tak
apa-apakan dia join kita.Dia pelajar baru dekat sini.'katanya.Fina hanya
pandang saja muka mereka berdua.Fina hanya pandang saja mereka yang bergelak
sakan seolah-olah dia tak wujud dekat situ.Fina hanya mendengar saja,dia tak
ada mood nak baca buku depan mereka berdua.Baca bukannya masuk kepala pun kalau
ada yang memekak. Satu jam mereka berbual tanpa memandangnya langsung,
"Okeylah,aku gerak dulu."kata Naziff dan pergi bersama dengan
perempuan yang tak perkenalkan dia langsung. Fina menyedut air dengan laju
mengelakkan rasa marah menyerbu di seluruh badan.Pada hari seterusnya,kali ni
Naziff bawa perempuan itu join dengan mereka sekaligus.Fina tidak dipedulikan
langsung.Feroz dan Mida hanya ketawa buat-buat sahaja bila Naziff menyebut nama
mereka berdua.Pada waktu malam,Fina menanti call daripada Naziff kerana Naziff
memang akan call dia setiap malam tapi dah dua hari dia tak call.Fina hanya
merenung telefon itu kalau dah lebih dari pukul 11 malam baru dia tidur terus.
*** "Mida,cuba
kau selesaikan ni.Aku tak dapatlah selesaikan.'kata Fina yang ketika itu berada
di meja batu yang berada di taman hijau bersama Mida. "Adui kau ni,bab ni
bukan main senang pun kau tak boleh nak
faham dengan cepat,"bebelnya.Fina yang senyum saja mendengar bebelan Mida
mengakui dia memang lembap bab belajar matematik moden. Sedang Fina mendengar
apa yang Mida kata,fokusnya terganggu bila mendengar suara yang amat dia
kenali. Fina mencari suaranya dan pandangannya terhenti memandangn dua orang
yang duduk tak jauh daripada mereka. "Naziff,you ni jenis kelakar orangnya
ada saja cerita yang you bawa sampai tak berhenti saya ketawa lagi-lagi pasal
minah kerek tu siapa nama dia,Fina ya."kata perempuan itu yang dikenali
sebagai Rania. Berasap telinga Fina mendengar panggilan yang si Rania katakan.
"Dia memang macam tu,ingat tak masa kali pertama jumpa dia dekat
café.Mukanya dia macam mana?,'tanya Naziff tanpa sedar akan kehadiran Fina
disitu.Mida yang sedang membebel tidak dipedulikannya. "Untungnya,siapa
yang jadi awek you.You mesti ada awek kan.'kata raina dengan gediknya. Naziff
senyum, "I tak ada awek."hanya kata-kata itu saja yang mampu
menyentapkan perasaan Fina. Fina terus mengemas barangnya diatas meja dengan
hati yang sakit.Mida terkejut melihat Fina yang berkemas. 'Eh,apsal kau
kemas.Aku belum habis terangkan.Nak kata
lepas ni ada kelas tak ada pun.Kau nak pergi mana cepat-cepat ni.'bebel
Mida. "Mida,"jerit Fina sambil menahan gelora hatinya. Terdiam Mida
dan menarik perhatian orang lain termasuk orang yang menyakitkan hatinya. Fina
menarik nafas dengan dalam-dalam cuba tenangkan perasaanya yang sedang galau.
'Aku minta maaf Mida.tapi aku rasa aku nak balik sekarang.Aku rasa tak
sihat."kata Fina,suaranya turut berubah.Fina terus saja pusing tak mahu
jawab apa-apa soalan daripada Mida.Tapi dia terlanggar tubuh orang yang
menyakitkan hatinya. 'Aduh,sakitnya.'kata Naziff dengan suara lembutnya yang
tajam macam pisau boleh bunuh sesiapa saja. Fina tak memandangnya,barang yang
jatuh diambil dengan laju. 'Fina,kau nak pergi mana ni.Gesanya."kata
Naziff. 'kau apa tahu,"kata Fina dan pergi. "Fina,"panggil
Naziff tapi panggilannya tak diendahkan. "Kenapa dengan dia,datang bulan
apa?,"tanya Naziff bingung. "Aku manalah tahu,tadi okey saja.Boleh
senyum lagi .Tetiba saja,dia kemas dengan laju.Cakap dengan aku pun lain macam."kata
Mida bengang. Naziff memandang Raina yang sedang mendekati mereka. Baru dia
teringat, 'Jangan cakap Fina salah faham."kata Naziff. Mida hanya diam
bingung tak faham.Naziff meraup wajahnya.
*** Fina
tersedu-sedu diatas katil. 'Asal aku nak nangis pasal mamat tu."kata Fina
dengan geram tapi air matanya tetap mengalir dengan laju.Telefon dimatikan,tak
mahu dirinya diganggu bila tengah sedih.Ketukan di pintu,tidak dipedulikan.
"Fina, Naziff nak jumpa."kata Mida. Fina hanya diam saja,tak mahu
menyahut sehingga Mida menjadi bosan.Fina tidur dengan keadaan
sedih.Esoknya,dia tak datang kolej. "Mana Fina?,"tanya Naziff laju.
Mida memandang bosan, 'Dia tak sihat."jawab Mida tanpa memandangnya.
"Kau sure dia tak sihat,kau dah pesan dekat dia makan ubat tak."bebel
Naziff.Mida mengerutkan dahinya,
"Yang kau kisahkan sangat kenapa.Selama beberapa hari ni,kau tak peduli
pun pasal dia.Sibuk dengan minah gedik tu,Fina langsung tak dipedulikan bila
dah jadi macam ni baru nak ambil tahu.'bebel Mida pula dan pergi.
***Fina membaca buku
tanpa gangguan sesiapa pun di taman. "Hai,'sapa satu suara yang pasti
sudah Fina membuat persediaan awal-awal lagi dengan memastikan tembok dihatinya
kuat dan tak mudah rapuh seperti dulu. Fina hanya diam tak memandangnya,fina tetap
meneruskan bacaannya. "Lama tak nampak,"katanya.Fina hanya diam saja,
"Fina, I'm sorry.Apa yang kau dengar hari itu semuanya salah faham.Kau
Cuma dengar depannya saja kau tak dengar belakangnya lagi."kata Naziff.
"Aku tak kisah pun kau nak cakap apa,Naziff.Kau couple dengan dia ke apa
ke.Aku tak kisah,"kata Fina tanpa memandangnya. "Tapi aku nak kau
kisah pasal hal ni.Aku tak nak berlaku salah faham."katanya. "Do I
care?,"tanya Fina dengan selamba bersama wajah selambanya.Apa-apa pun Fina
sudah mencabar egonya, "Yes,kau mesti kisah sebab kau kekasih aku.Dan aku
tak nak salah faham ni jadi virus antara aku dengan kau."kata Naziff
serius. 'Aku rasa lidah kau terbelit tadilah Naziff,kau sepatutnya cakap macam
ni sebab kau bukan kekasih aku."kata Fina dengan lagak selamba.Wajahnya
yang selamba menyakitkan pandangan Naziff. "kau lupa ek,selama ni mana
pernah kita jadi kekasih ni.Eeii,geli aku dengar perkataan kekasih ni.orang
yang jiwang-jiwang saja boleh kekasih.Aku ni bukannya jiwang,aku ni kan hanya
sekadar perempuan bosan kerek saja."kata Fina. Naziff memandang geram,
"Kau betul,semuanya betul apa yang kau cakap memang betul Afina.Kau
perempuan kerek bosan yang pernah aku jumpa ."katanya dengan geram.
"Yeah,that's me."kata Fina dengan bangga. "Dan kau tahu tak,apa
yang malangnya untuk aku,macam manalah aku boleh terpikat dengan kau yang bosan
kerek.Menyesal aku cerita dekat Raina pasal kau yang kononnya kaulah perempuan
yang pertama dan juga yang terakhir aku cinta.Bodohnya aku."kata Naziff
dengan geram.Fina memandang saja dengan senyuman, 'Ha'ah kau memang bodoh.Dah
habis kan so blahlah."kata Fina menghalaunya pergi. Naziff memandangya
dengan tajam. "Aphal pandang-pandang tak puas hati lgi."kata Fina.
Naziff terus saja pergi,coklat itu dicampak ketepi.
*** Selepas Naziff
pergi,Fina menarik nafas cuba tenangkan dirinya yang sentiasa galau sejak tadi.
Fina memandang coklat yang dah kotor dengan perasaan sedih.Fina menutup
telinganya tak mahu dengar apa yang dia dengar daripada Naziff. 'Kaulah
perempuan pertama dan yang terakhir aku cinta."katanya masih
terngiang-ngiang di telinga Fina.Hanya kata-kata saja mampu buat Fina tak lalu
makan,tidur tak tenang.Setiap hari Fina cuba lupakan segalanya tentang apa yang
berlaku selama ni dengan membanyakkan belajar sehingga lupa segala keperluan
hariannnya.
*** Suatu hari,Fina
harus mempersembahkan slide show dihadapan semua orang termasuklah
dirinya,Naziff.Fina cuba berlagak sedaya upaya yang dia boleh lakukan padahal
dalam hatinya gemuruh. Fina senyum saja,dia memulakan perbincangannya.Semasa
sedang bercakap menerangkan semua fakta. Hidung Fina berdarah, Fina
mengelapnya. "Fina,are you okay?,"tanya Prof.Dian risau. Fina
memandang darahnya sendiri. Matanya lama terpaku pada tangannya yang berdarah.
"Fina,"panggil Prof.Dian. Tetiba tangan Fina ditarik membuatkan Fina
memandangnya. "Ni sirap,Fina.Ingat,ni sirap bukan darah."katanya.Fina
masih membisu kerana dia amat fobia dengan darah dan pekara itu diketahui oleh
Naziff. "Tengok,saya jilat.Sirap syg bkn darah."katanya cuba
tenangkan Fina. Yang lain yang melihat rasa geli apabila Naziff menjilat darah
Fina. "Saya panggil doktor kolej."kata Prof.Dian. Fina memandang
wajah Naziff yang berusaha memujuknya. "Tak payah nak tipu aku,aku kenal
mana sirap."kata Fina dengan senyuman. Naziff membuka mata Fina yang nak
tutup. "Jangan kau berani nak pejam mata depan aku.Aku kata sirap
siraplah."kata Naziff sambil merapatkan dahinya didahi Fina.Ramai yang
memerhati tapi tidak dipedulikan olehnya. "Aku sayang kau,Fina.Jangan buat
aku macam ni.Just follow what I say,it will be okey,syg."pujuknya hanya
ditelinga Fina saja. Fina yang sudah mula pulih semakin teruk mendengar Naziff
panggilnya sayang. Fina pengsan di pelukannya kerana terkejut.
*** Muka Fina sedari
merah memanjang, "Kenapa dengan wajah kau Fina,merah dari tadi tahu
tak."kata Feroz. "Ha'ah,daripada kau sedar dah merah muka kau ni.Asal
kau sakit ke."tanya Mida risau.Naziff tiada di situ hanya ada Mida,Feroz
dan Rania. "Aku okey,panas dekat sini agaknya itu yang muka aku
merah."kata Fina dan mengelap wajahnya konon-konon ada peluh.
"Alamak,aku dah lewatlah."kata Feroz dan terus menarik tangan Mida.
"Aku pergi dulu."kata Feroz dengan segera. Fina tak syak apa-apa pun.
Rania hanya senyum saja, "Hai Fina,"tegurnya.Fina hanya senyum saja.
"Thanks jenguk saya Rania."kata Fina. "You girlfriends Naziff
bermakna you pun kawan I lah."kata Rania. "Tapi kami dah,"kata
Fina dipotong. "Dia tak anggap pun yang korang dah putus Fina.He really
loves you.Walaupun dia tak jiwang macam mamat lain.I know you loves him too
kalau tak,takkan sampai benci pada dia.Orang kata benci tu sayang."kata
Rania. Fina hanya diam saja,melihat Fina yang diam, "You memang salah
faham Fina,dia tak izinkan I puji dia dia suruhlah saya panggil you kerek ke
gedik ke bosan ke.Asalkan tiada yang memuji you hanya dia yang boleh puji
you.Dia yang kata and pasal yang lagi satu sebenarnya diacakap macam ni 'I tak ada awek yang gedik,seksi,manja.I Cuma
ada satu awek yang sekepala dengan I dan hanya dia seorang saja tahu pasal I'
itu yang dia kata pada I."kata Rani. Fina memeluk kakinya,
"Nampaknya, saya buat kesilapan besar."kata Fina dengan wajah
kecewa,wajah yang merah tadi sudah hilang. "Everyone made mistakes Fina
dan you hanya perlu membetulkan saja dengan berbincang dengan cara
baik."kata Rania.Fina memegang tangan Rania dengan kejap. "Thanks,for
giving me advice."kata Fina dengan senyuman. Rania membalas pegangan,
"Most welcome,we friends right."katanya. "Yeah,we
friends."kata Fina dan memeluknya. "Okeylah,I gotta go ada
class.Kejap lagi Naziff datang tadi dia kena cover you."kata Rania dengan
senyuman dan mahu pergi. 'Naziff datang sini nanti."tanya Fina kecut
mukanya kembali merah. 'relakslah."kata Rania dan pergi. Fina dah
gusar,Fina menarik nafas beberapa kali baru mendapat sedikit ketenangan.
"Kau okey?,"sapanya membuatkan Fina terjerit hilang ketenangannya.
"Akulah,"kata Naziff sambil menepuk pipi Fina. Fina memandangnya yang
agak dekat dengannya.Fina terus menolaknya dengan jeritan terkejutnya.
"Hei relakslah,kalau ya pun benci aku pun jangan sampai jerit macam orang
gila."kata Naziff dengan muka masamnya.Fina menutup mulut berkali-kali dia
menarik nafas. "Nah,aku belikan makanan untuk kau."katanya dan
meletakkan makanan tersebut disebelah Fina.Fina tak boleh bertenang selagi ada
Naziff disitu. Naziff menepuk belakangnya, 'Kau kenapa,tak cukup oxygen
apa."katanya pelik.Fina merasa sakit betul, "Balas dendam
apa?,"tanya Fina geram. "Sebahagiannya ya."kata Naziff. Fina dah
muncung sedepa, 'Dah ambil makan,nanti pengsan pasal lain pula.'kata Naziff.
Fina hanya diam,wajah naziff ditenung dengan tajam. "Sebab kaulah aku
pengsan."gumam Fina perlahan. "Apa dia,kau cakap apa tadi?,'tanyanya.
"Mana ada aku cakap apa-apa."kata Fina.Naziff tak banyak tanya,
"Ingatkan pekak,"gumamnya lagi. 'Aku tak pekak."jawab
Naziff dan memandang Fina yang merah
saja tadi wajahnya. "Kejap lagi aku blahlah."katanya sambil membuka
nota tadi yang disalinnya dua kali. Fina terpana,'Aku ada suruh dia blah ke
tadi,'tanyanya dalam hati. Naziff tekun saja menyalin,Fina memandang saja.
Beberapa minit kemudian, "Nah,ambil ni.Aku dah salinkan untuk kau.Aku blah
dulu seperti yang kau inginkan.'kata Naziff tanpa memandangnya.fina hanya
memandang sahaja tulisan Naziff yang comel tu. Fina tersenyum, Naziff mahu
pergi tapi tangannya ditarik. Dia menoleh,berdebar juga hatinya bila Fina
pegang tangan dia. "Kau belum makan lagi kan."kata Fina. "Aku
tak lapar pun, lagipun siapa yang kisah kalau aku makan ke tak,
bukan."katanya. Fina terdiam, "Dahlah,aku nak pergi kelas.Kau
bukannya suka aku dekat sini."kata Naziff dan menarik tangannya. Tapi Fina
tak mahu lepaskan,"Ish,kau ni aphal.'tanyanya dan memandang wajah Fina
yang hanya mendung saja. Tetiba ada air yang keluar dari mata Fina. "Aphal
kau menangis pula?,"tanya Nazif
perlahan yang lemah betul bila
nampak air mata tu. "Mana ada aku menangis.Aku berpeluhlah."kata Fina
geram. "Ok,kenapa kau berpeluh dekat mata.Aku nak pergi class."katanya.
"Mana ada ku berpeluh aku menangislah."kata Fina geram dan menolak
tangan Naziff.Naziff mengeluh dan mahu meninggalkan Fina yang sedang mengesat
air matanya.Naziff duduk disebelah Fina tak jadi dia nak pergi kelas. Naziff
mengelap air matanya, "Dahlah tu,aku maafkan kaulah.Aku tahu kau emosional
masa tu."kata Naziff tetiba. 'Aku tak cakap apa-apa pun."kata Fina.
"Tapi itu yang kau nak cakapkan."kata Naziff laju. Fina merenung
wajah Naziff yang sedang memandangnya. Fina kembali menangis, "Aku minta
maaf."kata Fina sambil menarik-narik baju Naziff. 'Aku yang bodoh bukan
kau."kata Fina geram tapi Naziff yang kena. "Dan kau tak boleh hidup tanpa aku.'kata
Naziff. "Aku tak boleh hidup tanpa kau."raung Fina.Naziff senyum
gembira. Fina berhenti tetiba, "Aku cakap apa tadi ek?,"tanyanya.
"Entah tak tahu."kata Naziff dengan selamba. "Dahlah aku nak
pergi kelas."kata Naziff menolak pegangan Fina. Fina menariknya lagi.
"Kau maafkan aku tak?,"tanya Fina dengan wajah comelnya.
"Tak,"kata Naziff. "Tadi kau kata kau maafkan aku."kata
Fina. "Dah tahu aku dah cakap yang kau tanya lagi kenapa?,"tanya
Naziff. "Habis yang lagi satu tu?,"tanya Fina yang segan bila cakap
pasal cinta. "Yang mana pula?,"tanyanya yang betul-betul dah lewat.
"Yang tulah awe..k,"tanya Fina yang dah merah padam wajahnya. 'Apa
dia,aku tak dengarlah."kata Naziff
sengaja dan mendekatkan telinganya pada bibir Fina. Fina memukulnya dengan
geram. "Aduh,sakitlah.Aku dah lambatlah nanti aku jumpa kaulah.Pasal awek
tu kau memang still awek aku sebab selamanya aku takkan lepaskan
kau."katanmya dengan senyuman dan mencium pipi Fina dengan selamba. Fina
terkejut matanya terbeliak. "See later,"jerit Naziff membuatkan Fina
tersedar. Disentuh pipinya yang dicium oleh Naziff,Fina mengambil nota yang
diberi oleh Naziff dicium berkali-kali kertas tu kerana ada bau Naziff yang
melekat pada kertas tu.
*** Naziff melihat
jamnya dengan geram, "Mana dia ni?,'gumamnya dalam hati. Fina melihat
naziff yang berdiri dengan geram di hadapan pintu Mall. Naziff mengeluarkan
phonenya,didail nombor Fina, 'Dahlah lama tak jumpa."katanya geram.Fina
berdiri dibelakangnya dengan senyuman. Panggilan dijawab, "Mana Fina,dah
lama Naz tunggu tau."katanya geram. Fina senyum, "Fina
sesatlah,Aduh."kata Fina gusar. "Fina dekat mana Naz cari
sekarang."katanya turut risau. "Urrm,dekat depan pintu mall
ni.Betul-betul depan pintu mall."kata Fina dengan yakin. Naziff
mengerutkan dahi dan berpusing.Fina senyum bila Naziff memandangnya. Terus saja
Naziff menjentik dahinya. "Auch,sakitlah."kata Fina. Naziff menjelir
lidah, "Siapa suruh lambat?,"tanya Naziff. "Dah jumpa pun
marah."kata Fina. Naziff senyum melihat Fina yang makin manja dengannya
begitu juga dengan dirinya. "I miss you,"ucapnya dengan perlahan.
Fina memandangnya dengan senyuman. "Fina
pun rindukan Naz."kata Fina dan mencubit pipinya.Naz menarik
tangannya dan dipegang dengan erat. "rindu je?,"tanyanya. Fina ketawa
perlahan, "Love you,"kata Fina. Naziff mencium dahinya,
"Naz,public."kata Fina. "kena pergi tempat
soroklah.Ok,jom."acahnya. Fina memukulnya. 'Gatal,"kata Fina.
Hati ini kan terasa sepi tanpa senyuman indah yang
lunturkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh bukan cinta
membahagiakan
Hanya keihklasan didalam hatimu untuk merasakan
ikatan hati kita
Ku ingin kau berada disisiku dalam waktu sukar atau
bahagia
Oh Cinta panjatkanlah bintang hamba ini
Cinta kau berikanlah kekuatan untuk meniti cubaan
darimu
Semoga hari kami kembali menyinari jalan ini