Khamis, 9 Januari 2014

InDaHnYa biLa BerSaMamU ParT 2

*** Naziff memandang Fina yang sedang mengemas apa yang patut,Naziff perlahan-lahan mendekatinya dan dipeluk Fina daripada belakang menyebabkan Fina menjerit."Naz turunkan Fina.'kata Fina. Naziff ketawa saja mendengarnya,"Naz,"pukul Fina bila Naziff mahu menciumnya.Naziff ketawa gembira dapat sakat Fina. Fina sudah merajuk,ditolak Naziff ketepi dan melangkah masuk.Selepas habis belajar,hubungan mereka makin rapat dan sekarang keluarga Fina dan Naziff sudah bercadang mahu menyatukan mereka. Naziff masih ketawa lagi semasa Fina masuk kedalam rumah. Beberapa minit kemudian,Naziff mencarinya tak senang hatinya tak melihat Fina. "Mana Fina,ma?,"tanya Naziff  risau. "Herm,baru berpisah 15 minit ma.Dah risau macam apa."usik Nurul. Naziff tak mahu layan mereka terus saja naik atas.Pintu biliknya terbuka sedikit,Naziff segera membuka dan dilihat Fina sedang mencuba bajunya.Fina tak sedar akan kehadirannya.Fina berpusing-pusing dihadapan  cermin.Kemudian,Fina mencium bajunya.Naziff menjongket kening melihat Fina yang terus baring dikatilnya. "Ehem,"tegur Naziff. Terbangun Fina daripada katil. "Eh Naz,Fina Fina tengah kemas."kata Fina dan membetulkan cadar katil. Naziff senyum dan mendekati Fina.Fina pula menjauhkan diri. "Fina selongkar baju Naz kan."katanya dan cuba mendekati Fina. Fina menggeleng, "Mana ada?,"tanya Fina selamba. "Tu apa dekat badan Fina tu,baju Naz kan."tanyanya. Fina pura-pura ketawa dengan segera Fina memanjat katil dan berlari ke pintu. Tapi tak sempat bila bajunya ditarik dan sekaligus  menutup pintu. Fina menelan air liurnya, Fina memejam mata rapat-rapat bila Naziff mendekati wajahnya  pada wajah Fina. "Kak Fina."panggil Nurul daripada bawah. "Urrm,Nurul panggil.Boleh Fina pergi?,"tanyanya pada Naziff yang hanya merenungnya. "Naziff,"panggil Fina bila katanya tak dipedulikan. Naziff senyum, "Okey,"katanya dan membukakan pintu itu semula. Fina berjalan dengan senyuman lega tetiba tangannya ditarik.Hati Fina kembali berdebar.Naziff hanya senyum saja tapi mampu mencairkan hati Fina dengan lesung pipitnya. Naziff menarik tangannya agar Fina dekat dengannya. Fina pula macam lembu dicucuk hidung menurut saja. Naziff memegang hujung baju bawah dan membuka perlahan-lahan baju itu. "Takkan nak pakai baju Naz depan Nurul nanti fikir lain pula."tegurnya dan mencuit hidung Fina. Fina tersipu malu,tapi baju ditangan Naziff segera diambil dan dibawa lari. "Tak kisahkan Fina ambil salah satu baju favourite Naz."kata Fina dan lari sebelum Naziff mengejarnya. Naziff hanya geleng saja dengan senyuman, "Ya tuhan,satukanlah kami dengan segera."doa Naziff dalam hati. Naziff senyum saja dengar suara riuh mereka di dapur.
*** Fina mencari telefonnya yang dari tadi berbunyi dengan segera. "Kak Fina,Nurul  dengan Aiza masuk kedai buku sebentar,"kata Nurul dan tarik tangan Aiza.Fina hanya memandang saja dan segera menjawab phonenya. "Hai sayang,"sapa yang disana. Fina senyum, "Salam abang,"sapa Fina dengan panggilan yang dah diubah. "Opss,wasalam sayang."jawabnya mesra. Fina senyum mesra mendengarnya, "I miss you so much."katanya. "Fina lagi rindukan abang tahu.'kata Fina melepaskan rindunya.Ketawa Naziff mendengar suara Fina yang macam comel je. "Rindu-rindukanlah diriku sepanjang hari-harimu sayangku ku adalah milikmu yang kau rindu doa-doakanlah aku didalam hatimu di dalam nafasmu sepanjang hari-harimu,"nyanyi Naziff  dalam talian. Fina memegang erat telefonnya, "Setiap masa Fina teringatkan abang.Yalah,abang kan jauhhh dari Fina."kata Fina. 'Jangan cakap macam tu sayang,abang sebenarnya dekat dengan Fina.Dalam hati abang just your name,lagipun tak lama pun lusa baliklah. Jumpa sayang yang makin tembam."sakat Naziff. "Hey,Fina takkan tembam dalam masa 4 harilah.Abang balik dari US tu Fina still comel.'kata Fina.Kedengaran tawa daripada Naziff, "Puji diri sendiri nampak."katanya. Fina ketawa, "Okeylah abang,kita sambung malam nanti.Nurul  dah panggil."kata Fina. "Ala,baru nak lepaskan rindu."katanya. "I'll call you."kata Fina memujuknya. Naziff mengalah saja, "I love you,sayang."ucapnya. "Love you most,abang."katanya manja. Tetiba, "Kak Fina,hati-hati."jerit Aiza kuat menyebabkan Fina tersentak,panggilan daripada Naziff masih belum putus, "Sayang,kenapa tu?,"tanya Naziff risau. Tak sempat Fina nak mengelak daripada sebuah motosikal yang laju yang turut dikejar beberapa polis peronda.Naziff dengar bunyi sesuatu yang tak disenanginya.
*** "Kak Fina,"panggil mereka berdua serentak. Fina terasa pandangannya kabur dan badannya sakit sangat. Motosikal yang langgar dirinya sudah tiada dan hanya ada salah seorang peronda polis yang mengejar penunggang tadi. Fina memandang sekelilingnya,dan dia terpandang telefonnya segera diambil soalan daripada peronda polis tidak dijawabnya. Pandangan Fina semakin kabur, "Kak Fina,"panggil Nurul risau.Fina memandangnya dan pengsan disitu.
*** Naziff setia berada disisi Fina yang masih belum sedar.Mukanya serius saja tangan Fina tidak dilepaskan.Mama,Nurul serta yang lain tidak berani tegur.Mana tak ya,bila dia sampai dari US terus saja ke hospital yang ditempatkan Fina.Bila sampai hospital terus saja melenting menanya keadaan Fina dengan marah-marah.Lagi-lagi marahnya pada Nurul dan Aiza,kerana menganggap Nurul tak menjaga Fina dengan betul. "Naziff,pergilah solat dulu.Ayah jaga Fina sebentar."kata ayah Fina dengan lembut seperti Fina. Terpujuk juga hati Naziff dan akur. Naziff  berdoa dengan bersungguh-sungguh mengharapkan Fina kembali seperti dulu.
*** "Ayah,mana phone Fina.Fina nak call Naziff.Dia mesti tengah tunggu Fina."kata Fina agresif.Naziff yang baru selesai solat segera menuju ke wad Fina bila melihat nurse dan doktor masuk ke wad itu. "Lepaslah,saya nak call tunang saya saja."kata Fina geram. Naziff segera menghalang mereka. "Doktor ,jangan suntik dia."kata Naziff dan mendapatkan Fina yang meronta-ronta. "Sayang,ni abang.Sayang."pujuk Naziff lembut. Fina berhenti meronta bila mendengar suara lembut itu, "Abang,"ucap Fina dengan senyuman.Naziff membalas senyumannya. Naziff mengucap terima kasih pada doktor dan nurse tadi. Aiza dan Nurul tak dibenarkan masuk atas arahan Naziff. "Ma,mana Nurul dengan Aiza.Diorang okey saja kan."tanya Fina ambil berat.Mama senyum hambar dan mengangguk saja. "Kenapa dia tak masuk,'tanya Fina pelik. Mama teragak-agak nak cakap. 'Abang tak izinkan diorang jumpa sayang."katanya serius.Fina memandangnya pelik, "Tapi kenapa,"tanya Fina. Naziff tak menjawab sebaliknya terus saja keluar. Fina memandang mamanya.Mak dan Ayah hanya mengeluh saja. "Fina harap ada yang mahu beritahu Fina kenapa dengan Naziff."kata Fina.
*** Fina memandang Naziff yang melangkah masuk, "Sayang tak tidur lagi?,"tanyanya dan menghampiri  Fina. Fina senyum, "Tunggu abanglah.'kata Fina. Naziff senyum, "Kenapa tunggu abang,bukannya kita boleh tidur sama-sama pun sekarang ni."kata Naziff dan tawa perlahan melihat wajah Fina yang dah merah. Fina mencubit pipi Naziff dengan geram, "Suka sangat sakat Fina kan."kata Fina. Naziff menarik tangan Fina diramas dengan lembut dan mencium tangan Fina yang calar sedikit. "I'm sorry,'kata Naziff. 'Sorry untuk apa?,'tanya Fina. "For this,"katanya. Fina menyentuh pipi Naziff, "Bukan salah abang mahupun sesiapa termasuk Nurul dan Aiza abang.Diaorang pun tak sangka Fina akan jadi macam ni."kata Fina membetulkan salah faham yang berlaku. "Sayang,tahu tak.Luluh hati abang tengok Fina yang tak sedar. Abang tak sanggup sayang.'katanya. Fina memegang kedua-dua pipinya pula. "Tapi Fina dah sedarkan,so abang please jangan layan Aiza dan Nurul macam tu. Diaorang tak salah apa-apa.Ia berlaku sekelip mata."kata Fina. Naziff mencium tangan Fina, "I'm sorry,abang terlalu ikutkan perasaan.'kata Naziff dengan senyuman. Fina membalas senyumannya. "Nurul , Aiza.'panggil Fina. Mereka berdua memandang Naziff yang sedang memandang mereka. "Abang Long,Nurul minta maaf."kata Nurul dan mencium tangan Naziff begitu juga dengan Aiza. "Kitaorang tak sempat nak selamatkan Kak Fina."kata Aiza bersungguh-sungguh. Naziff senyum, 'Abang Long yang patut minta maaf.Memang bukan salah korang pun sebenarnya.Abang  Long Cuma takut kehilangan Kak Fina ni."kata Naziff dan memeluk adik-adiknya. Fina tersenyum melihatnya. Fina melihat keakraban adik-beradik Naziff. Fina anak bongsu dan tiada adik dibawahnya hanya akak dan abang saja. "Untungnya Nurul dengan Aiza dapat peluk dengan abang Long.Kak Fina pun nak juga.'usik Fina. "Mana boleh,bukan muhrim."kata mereka berdua serentak.Ketawa mereka semua, "Tapi abang tak peduli.Abang nak peluk Kak Fina juga."kata Naziff dan memeluknya depan mereka. "Eh,pantang betul orang bagi lampu green."kata Fina. Ketawa Nurul dan Aiza melihat wajah Kak Fina yang sudah merah bila Naziff cium pipinya didepan mereka berdua tanpa segan silu.
*** "Aku terima nikahnya, Ainul Afina binti Amir  dengan mas kahwinnya sepersalinan alat solat.'lafaz Naziff dengan yakin. "Sah,'sebut mereka semua serentak. Fina senyum malu mendengarnya. "Apa lagi,cepatlah sarungkan cincin tu.Tak payah nak tenung-tenung"usik  papa. Naziff tersengih-sengih dan menarik tangan Fina disarungkan cincin dijari Fina. Fina menyalamnya dan terasa ciuman yang halal daripada suami yang tersayang. Fina memandang Naziff yang merenungnya dengan perasaan yang terlampau bahagia. "Ehem,kalau dah tak tahan diangkut saja ke katil.'usik abang Fina. Merah muka Fina mendengarnya, "Abang Is,"tegur Fina geram. 'Dia dah malu," usik kakaknya pula. Fina menyorokkan wajah pada dada Naziff. Bersorak mereka semua, Naziff senyum lucu.
*** "Cuba teka siapa?,"tanya seseorang di belakang Naziff. "Sayang,"tariknya. Fina ketawa geli bila Naziff menggeleteknya. "Kenapa tak tidur lagi ni?,"tanya  Naziff. 'urrm,rsanya abang tahu jawapannya."kata Fina. Naziff senyum, "Oh, sayang tak sabar nak tidur dengan abang macam malam pertama kita.Kejap ya sayang,abang nak siapkan lagi sikit saja."kata Naziff. Fina memukulnya lembut, "Ada fikir yang tu,"kata Fina. Naziff ketawa dan menaip sesuatu di skrin komputer. Naziff makin busy sejak mengambil alih tempat ayahnya dan Fina pula tidak dibenarkan kerja.Naziff risau akan keselamatan dirinya. Fina memicit bahu Naziff, "Jangan terlalu banyak buat kerja,abang.Fina risau nanti kesihatan abang terjejas."kata Fina. Naziff menutup komputernya dan  memandang Fina yang serius. "Jangan tegang muka tu,abang takkan buat kerja sangat,okey.Nanti kalau abang sakit macam mana nak layan isteri abang ni.'usiknya. "Tahu pun,eh  apa maksud abang tadi?,"tanya Fina blur.Naziff senyum  nakal.Fina memukulnya dengan geram. "Tak habis-habis fikir pasal tu.'kata Fina.Naziff ketawa dan mengangkat Fina. "Jom tidur sayang."katanya dengan senyuman nakal. 'Abang,'tegur Fina. Ketawa Naziff makin kuat.
*** Beberapa hari ni,kepala Fina asyik sakit saja,dah berkali-kali Fina cuba bagitahu pada Naziff tapi Naziff terlalu busy.kali ni sakit kepalanya menyerang dengan kuat sehingga terduduk Fina. Selepas reda,Fina segera ke klinik yang berdekatan. Fina terkedu dengan kata-kata doktor itu. "Puan,mengalami pendarahan di bahagian kepala dan harus di operate dengan segera supaya masalah tak menjadi serius."katanya pada Fina yang nampak terkejut. "Apa..apa akan terjadi..kalau..kalau saya tak di operate?,'tanya Fina. 'Ia akan merebak diseluruh otak dan menyebabkan lumpuh seluruh badan.'kata doktor itu serius. "Tapi risiko operate mungkin tinggi,"kata doktor itu lagi. "Maksud doktor?,"tanya Fina risau. "kemungkinan Puan akan hilang ingatan."kata doktor itu. Terdiam Fina, 'Lupakan kenangan yang berlaku antara dirinya dengan suaminya.Tidak!!!,'kata Fina dalam hati.
*** Fina termenung jauh sambil menanti Naziff yang selalu pulang lewat akhir-akhir ini. Pintu ditutup menyebabkan Fina tersedar, "Awal balik,"sindir Fina serius. "Sayang,kan abang kata tak payah tunggu."katanya penat.Fina memeluk tubuh memandang saja tingkah Naziff. Naziff tak memandangnya langsung,sakit hati Fina dibuatnya. "Perempuan mana pula yang abang bawa kali ni."tanya Fina yang tetiba baran bila melihat seorang perempuan yang anggun sedang gelak tawa dengan suaminya. Terhenti tingkah Naziff. "Apa yang sayang merepek ni.Perempuan mana apa ni?,'tanyanya. "Tak payah nak berdalih,Abang selalu pulang lewat sebab ada perempuan lain bukan.'katanya. Naziff yang sememangnya penat sangat menjadi berang. "Jangan nak merepek malam buta boleh tak,abang penat tahu.'katanya. Fina mengetap bibir, "Yalah,penat dengan perempuan lain."kata Fina terus-terus menyakitkan hati Naziff. 'Fina ni kenapa,apa yang tak puas hati sangat ni.'tanyanya geram. 'abang sendiri tahukan kenapa nak tanya lagi."kata Fina. 'Straight to the point."kata Naziff malas nak fikir banyak. "Abang tahu tak Fina selalu tunggu abang,setiap malam Fina tunggu abang.tapi bila abang balik abang terus naik atas tak fikir Fina kat bawah tunggu abang.Abang sibuk dengan kerja abang yang tak pernah berhenti.Fina  sakit ke langsung tak ambil tahu.Entah-entah Fina mati pun abang tak peduli.'kata Fina dan menolak tubuh Naziff dengan geram. Fina hanya diam saja.Tak langsung mahu pandang.Hatinya sakit,kepalanya sakit. "Sayang,'pujuknya. Fina tak mahu peduli,dia memejam mata dengan mata yang basah. "Sayang,abang minta maaf.jangan macam ni."pujuk Naziff sambil memeluknya. Fina berusaha tak mahu layan,Naziff mencium bahunya dengan mesra. "I'm sorry,'bisiknya. "Abang tahu abang salah,abang promise takkan biarkan Fina lagi.Fina segala bagi abang.Jangan sebut pasal mati lagi.Abang tak suka.abang tak sanggup kehilangan Fina."ucapnya lembut.Cair juga hati Fina,dia menghadap Naziff yang senyum memandangnya. 'Abang sayang Fina kan."tanya Fina. 'Ya,hanya Fina abang sayang.Nobody else.'kata Naziff. "Fina minta maaf,'kata Fina dan merapatkan tubuhnya. "Sayang berhak marah abang.Yalah,selama ni abang terlalu busy sampai lupa tentang isteri abang yang tunggu abang setiap malam."katanya dan melagakan hidungnya.Naziff mencium bibir Fina. 'Abang, kita honeymoon lagi nak?,'ajak Fina. Naziff memandangnya dengan pandangan yang sangat Fina faham. 'Suka sangat fikir benda tu,Fina nak luangkan masa bersama abanglah.Selama ni abang tak sempat pun nak luangkan masa dengan Fina.'kata Fina.Naziff memikirkan kerjanya, 'Please,seminggu saja.Itu dah cukup."kata Fina. Naziff memandang wajah Fina, "Kiss abang dulu."katanya dengan senyuman. Fina mencium berkali-kali.Naziff ketawa, "Tengoklah nanti." katanya dan mahu melelapkan mata. "Abang," rengek Fina manja.Naziff ketawa lagi melihat wajahnya yang comel. Pada masa itu,Fina sudah lupa akan penyakitnya yang meresahkan dirinya. "Okey,abang setuju Cuma just give me time.Okey,sayang."katanya.Fina mengangguk seronok, dipeluk Naziff dengan erat. Naziff membiarkan saja,Fina gembira dia pun gembira.
*** Fina mencapai beberapa helai baju milik Naziff.Dia suka tengok baju Naziff.Semasa di kolej dulu,Fina suka dengan cara pemakaian Naziff.Fina mencuba di badannya pula. "Perfect,"kata Fina dan memakainya. Naziff yang baru pulang,rasa pelik bila Fina tak jemputnya di pintu. Naziff memandang jam, "Oh,patutlah tak nampak. Aku pulang awal hari ni."kata Naziff sendirian.Naziff menapak naik atas,dia amat yakin Fina dekat atas. Fina yang sedang mengeringkan rambutnya tidak sedar akan kehadiran naziff disitu. "Bertapa sakitnya apa yang kurasa tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka semoga kubisa untuk lupakannya kerna ku masih mencintainya,"nyanyi Fina. Naziff mencium bahu Fina,terkejut Fina. 'Abang,dah balik."kata Fina gembira dipusingkan badannya agar dapat melihat wajah suaminya. Naziff senyum manis, "Lambat sayang mandi?,"tanyanya. "Oh,tadi Fina busy tengah masak lauk favourite abang.mesti abang laparkan.Fina tahu."kata Fina lucu. "Memang pun abang tengah lapar,abang laparkan sayang.'katanya. Fina ketawa, "Bukan kenyang pun."kata Fina. "Eh,kenyanglah.Nak test jom.'katanya. "No no,"elak Fina. Naziff ketawa. Fina mencapai sikat di atas meja. 'Sayang,"panggil Naziff.Fina menoleh, "Sayang,pakai baju abang.'tanyanya.Fina tersengih, "Fina suka baju abang,"kata Fina. Ini kali kedua,Fina memakai bajunya. "Kenapa Fina pakai baju abang?,"tanyanya. "Entah,Fina memang suka dengan baju abang masa kita kat kolej lagi.Abang tak perasan ke,Fina selalu tengok baju abang."kata Fina dan ketawa pada diri sendiri. "Laa..Fina pandang baju abang rupanya ingatkan pada abang yang hensem masa tu."katanya.Fina senyum,dia ingat macam mana Naziff datang padanya tetiba dan menuduhnya suka pada Naziff sehingga jadi kawan kami kemudian bercinta. "Sayang,tak pernah suka abanglah selama ni.'katanya merajuk saja-saja. "Hey,kalau Fina tak sayang takkan dulu Fina merajuk gila-gila dengan abang dan sekarang Fina milik abang kan."kata Fina. Naziff senyum, "Betul,Fina milik abang saja."tanya Naziff. "Yalah,Fina milik abang."kata Fina. "Dan Fina takkan tinggalkan abang walau apapun terjadi?,"tanya Naziff. Fina senyum tetiba kepalanya sakit kembali,terlepas tangan Fina daripada memegang sikat.Disentuh kepalanya, 'Fina,"panggil Naziff bila Fina tetiba memegang kepalanya.Fina senyum,sakit yang dia rasa dia biarkan saja. "Yang tu,Fina tak janji."kata Fina selamba.Naziff mencubit pipi Fina. "Fina ni suka buat saspens.Kenapa pula Fina tak boleh janji.Fina dah rancang nak tinggalkan abang ke?,"tanyanya. Fina senyum, "In case je."kata Fina. "Fina,"panggil Naziff. Fina ketawa saja dipeluk badan Naziff dengan erat. "Fina takkan tinggalkan abang.Fina tetap sayang abang walau apapun terjadi.Kalau Fina jauh daripada abang percayalah hati Fina selalu dekat dengan abang."luah Fina.Naziff membalas pelukannya. "Hidup Fina terasa lebih bermakna dan indah bila bersama abang."kata Fina. "Dan hidup abang tak bermakna kalau tiada Fina disisi abang."kata Naziff.
*** Naziff melihat Fina yang sedang menyiapkan breakfast sebelum berangkat pergi ke tempat percutian mereka di Melaka. Muka Fina berseri-seri  sabaik saja bangun pagi. Naziff membetulkan rambut Fina. "Thank you,"kata Fina dengan senyuman dan mahu ke dapur.Naziff segera menarik tangan Fina, "Fina ada sembunyikan sesuatu daripada abang ke?,"tanya Naziff.Fina senyum, tak mahu melatah. "Tak ada apa-apa."jawab Fina biasa. "Jangan nak tipu abang,"kata Naziff. Fina menggaru kepalanya, "Fina mana boleh tipu abang."kata Fina.Naziff memandang matanya. "Fina kalau ada apa-apa masalah jangan sorokkan daripada abang.Kita boleh selesaikan sama-sama."katanya. "Tapi Fina tak ada masalah"kata Fina. Naziff mengeluh, "Abang,kenapa ni?,"tanya Fina risau.Naziff mencium dahi Fina, "Abang tengok Fina happy sangat.Abang takut ada sesuatu yang akan berlaku."kata Naziff. Fina senyum, "Abang,Fina happy sebab akhirnya bussinessman ni boleh juga cuti "kata Fina. Naziff masih tak percaya kata-kata Fina dia amat pasti Fina ada sembunyikan sesuatu darinya.
*** Fina mengambil beberapa gambar pemandangan. Naziff yang sibuk dengan phonenya dipandang geram. Dirampas dengan segera, "Hello,boleh tak untuk seminggu ni jangan kacau suami saya.Saya nak bercuti dengan suami saya pun nak ganggu ke."tanya Fina baran.Naziff menahan ketawa, "Oh,abang ganggu adik cuti ek.Sorry-sorry madam.Abang tak tahu pula adik abang ni dalam mood cuti."kata yang disebelah sana. Terburai ketawa Naziff,muka Fina dah merah. "Eh,abang long.ada apa telefon ni."tanya Fina menutup malu dan mencubit pinggang Naziff yang asyik ketawa dari tadi. "Abang nak cakap dengan suami tersayang adiklah."kata abang long. "Owh ok,"kata Fina dan menyerahkan phone pada Naziff yang masih ketawa. Fina menjelingnya,Naziff ketawa lagi. "Merajuklah abang.Tak apa senang saja nak pujuk Fina tu."kata Naziff.
*** Naziff mengambil kulit siput dan baling pada Fina yang duduk jauh dengannya. "marah lagi ke sayang."tanya Naziff. Fina tak menjawab tapi membalasnya dengan geram. Naziff ketawa, "Sinilah,jangan duduk jauh-jauh."panggilnya. Fina tak berganjak. 'Sayang,dekat situ banyak ketam kena gigit tak tahu."kata Naziff benar. Fina memandang sekelilingnya dan terdapat ketam yang baru keluar daripada pasir.Fina bangun dengan segera dan mendapatkan suaminya. 'Eeeii,banyaknya."kata Fina.Naziff ketawa memandangnya,Fina menolak badannya dengan geram. "Siapa suruh dekat dengan Fina."tanyanya. Naziff mencubit pipinya dengan geram. "Siapa yang dekat siapa?,"tanyanya.Fina segera bangun mahu meninggalkan Naziff tapi Naziff cepat memeluk Fina dengan erat. "Sayang,nak pergi mana ni?,"tanyanya.Fina berhenti meronta. "Kata nak luangkan masa dengan abang?,"tanyanya.Fina memandangnya dengan kesal. "Sorry,"ucap Fina.Naziff mengambil tangan Fina, "Kiss abang dulu."katanya nakal. "Dekat sini?,"tanya Fina laju. "Yup,dekat sini Kenapa tak berani,?,"tanyanya. "Publiclah,'kata Fina. Naziff mengambil daun yang besar yang berdekatan. "Sayang,dah malam pun orang takkan nampaklah.Kita halal apa,"katanya.Fina memandangnya dengan geram, "Fina seganlah,"katanya. Naziff menarik dagu Fina dan mencium bibirnya. Fina memandang wajah Naziff, "I love you."ucapnya. Begitulah sepanjang hari mereka mengucap kata-kata cinta tanpa rasa jemu.
*** Naziff memandang dengan geram pada stafnya yang kerap minta cuti. 'Tolonglah,Tuan isteri saya di hospital,dia sakit barah otak. Dia perlukan saya Tuan.'kata stafnya. "Izinkanlah,'kata seseorang membuatkan kedua-duanya menoleh mencari gerangannya. "Okey,"jawab Naziff. "Terima kasih tuan,"ucapnya dan berjalan keluar dan sempat melemparkan senyuman pada seseorang yang menolongnya. "Sayang,'kata Naziff dan memeluk tubuh. Fina sengih, "I guess you still not lunch."kata Fina.Naziff masih begitu, 'Fina masak your favourite food.You must love it."kata Fina comel. Naziff kembali tenang. Naziff menghulurkan tangannya,Fina menyambut, "Kesian,dia abang.Isteri dia sakit mesti dia sayangkan isteri dia."kata Fina. "Untung,abang dapat isteri macam sayang bertimbang rasa."katanya. "Tak macam suaminya kena fikir dua kali baru izinkan."kata Fina selamba. "Hey,'tarik Naziff. Fina ketawa, "Joking."kata Fina. Naziff mencubit pipinya, "Pandai ya nak kenakan abang."katanya. Fina hanya senyum sambil membukakan bekalan.Disuapkan pada suaminya.Naziff hanya menurut saja sambil mata tak lepas memandang Fina. "Abang,"panggil Fina. "Ya sayang."jawab Naziff. "Fina nak minta izin sesuatu,tapi abang kena fikirkan banyak kali sebelum bagi keputusan."kata Fina. "Okey,apa dia?,"tanya Naziff.Panjang okey dia macam tak yakin. Fina menarik nafas dalam-dalam, "Fina nak pergi Australia stay 3 bulan dekat sana.Abang..,"katanya terus dipotong. "No,abang tak izinkan."jawabnya laju. "Kan Fina kata fikir dulu."kata Fina geram. 'Abang dah cukup fikir and no."katanya.Fina terus bangun daripada ribanya. "Abang tak fikir pun,"kata Fina geram.Naziff cuba  menarik tubuh Fina tapi Fina mengelak dengan wajah yang tak puas hati dengannya. "What point Fina tnggal sana lama-lama 3 bulan Fina that's too long.Nak kata Fina sambung belajar rasanya tak.What the reason Fina?,"tanyanya . Fina mengetap bibirnya dengan geram, "Fine kalau tak kasi."kata Fina geram dan mengemas bekalan tadi.Rasa sakit kepala menyerang lagi.Terhenti perbuatan Fina, "Sayang,"panggil Naziff risau bila melihat Fina yang mahu jatuh. 'Sayang,tak apa-apa."tanyanya risau. Fina menolak tangannya dan keluar dengan rasa risau.Naziff mengeluh melihat perangai Fina yang kuat merajuk akhir-akhir ini.
*** Dah 5 hari Fina tak tegurnya hanya sepi antara mereka. Naziff selalu melihat Fina asyik memegang kepalanya menimbulkan kerisauan dalam hatinya. Hari ni,dia balik daripada kerja dia merasa tak sedap hati. "Sayang,"panggil Naziff tapi tiada wajah Fina yang muncul.Di bilik juga Fina tiada, Naziff melihat ada nota.terselit di cermin. Segera diambil oleh Naziff, 'Maafkan Fina keluar tanpa izin,abang.Fina sayang abang tapi Fina harus pergi sementara demi kita berdua.Fina janji akan balik,dan mungkin masa Fina balik abang takkan layan Fina seperti dulu.I'm sorry again.Fina minta ampun pada abang.I love you.'Naziff berasa sangat marah dengan segera mencapai kunci kereta menuju ke KLIA.
*** Sesampai saja disana,Naziff menanyakan tentang penerbangan ke Australia. "Maaf Encik,tiada nama penumpang bernama Ainul Afina."kata pekerja itu. "Are you sure,"kata Naziff cuba bertenang dengan sebaik mungkin agar dia tidak hilang pertimbangan. "Maaf encik,saya dah check berkali-kali tiada satu pun nama Ainul Afina."kata pekerja itu. "Thank you,"kata Naziff dan duduk di kerusi . Naziff cuba call Fina tapi tak dapat. "Sampai hati Fina tinggalkan abang.Fina janji takkan tinggalkan abang."kata Naziff kecewa. Sementara itu,Fina hanya pandang saja phonenya, "Maafkan Fina,"kata Fina dan memeluk phonenya sendiri.Teresak-esak Fina dalam pemandu teksi itu hanya diam saja tak berani masuk campur.Fina menuju ke rumah kakaknya di Shah Alam.
*** Fina memeluk kakaknya dengan erat, "Fina,tak sepatutnya Fina buat macam ni.Suami adalah pekara penting dalam hidup kita Fina.Berdosa hukumnya meninggalkan suami kita."nasihat kakaknya. "Fina tahu kak,tapi Fina terpaksa.Fina tak nak Naziff tahu penyakit Fina kak.Risikonya tinggi maybe Fina akan mati atau hilang ingatan. Dia pasti sedih setiap hari tengok Fina."kata Fina sambil mengesat air matanya. "Habis Fina pergi tinggalkan dia.Dia tak sedih juga ke."tanya kakak. "Kak,Fina hanya pergi sementara.Tolonglah faham Fina.Fina tak nak sesiapa yang tahu tentang Fina.Hanya kakak yang Fina percaya,please kak."kata Fina. Kak Fiza kelihatan keberatan, "Please kak,Fina mohon sangat-sangat jangan bagitahu sesiapa.Masa Fina di hospital nanti,kakak tidak perlu ziarah Fina. Fina akan call kakak setiap hari.Fina janji."kata Fina tersedu-sedu. "Baiklah,kakak takkan bagitahu asalkan Fina bagitahu perkembangan Fina dari semasa ke semasa."kata Kak Fiza akhirnya.Fina menarik tangan Kak Fiza dengan rasa syukur. "Thanks,kak"kata Fina.
*** Sejak dimasukkan ke hospital,Fina banyak membuat video dan surat.Khas untuk dirinya jika masih hidup.Fina makin kerap mengalami rasa sakit kepala.Tapi Fina bertahan sehabis mungkin. Dan seperti yang dijanjikan Fina akan memberitahu tentang perkembangan dari semasa ke semasa. "Puan Fina,I hope you were ready for this."kata doctor itu sambil mengambil  suntikan untuk disuntik pada Fina sebelum mengalami pembedahan. "Yes doctor. Saya rasa gementar sangat.Adakah saya akan selamat?,"tanya Fina. "Puan,kalau Puan kuat semangat pasti Puan akan selamat.Berdoalah pada tuhan."nasihat doktor muda itu. Fina senyum, "Boleh tak,doktor simpan ni nanti bila saya sedar doktor bagilah saya semula jika tak tolong bagi pada kakak saya nanti."kata Fina dan menghulurkan kotak sederhana besar. "Baiklah puan.Nurse ambil ni simpan elok-elok."katanya. Fina menarik nafas sebelum matanya rapat terpejam.
*** 3 bulan kemudian, "Naz,saya bawakan makanan favourite aawk."tegurnya.Nazif senyum, "Dah banyak kali awak bawakan saya makanan.macamlah saya tak ada duit."kata Naziff. "Saya tahulah poket awak tu tebal. "balasnya mesra. "Eleh, Shila.Touching lak."katanya. "Bukan touchinglah,dah makan dulu .Berhenti buat kerja."kata Shila. 'Okey,"jawab Naziff dan mula makan. "Errm,memang sedap sangat."kata Naziff dan makan dengan selera. Shila senyum saja. "Tapi masakan Fina pun sedap juga,jangan terasa."katanya dan berhenti makan. Shila mengeluh, "Okeylah,aku nak pergi  kerja.Jumpa nanti."kata Shila dan meninggalkan Naziff seorang diri. Naziff memandang kalendar. "Dah 3 bulan lebih,"kata Naziff. Tetiba, "Apa aku peduli,dia bukan sayang aku pun.Kalau dia sayang takkan dia tinggalkan aku."kata Naziff benci. "Lupakan dia,Naziff."kata Naziff sendirian.
*** Fina menarik nafas panjang sebelum melangkah masuk,pesanan kakaknya diingat betul-betul. "Urrm,mana satu ek kuncinya.Try sajalah semua."kata Fina dan try semua kunci. Selepas membuka,Fina meletakkan barangnya di tepi sofa. "Besarnya rumah,aku pernah duduk besar macam ni ke."kata Fina kagum dengan rumah itu. Fina tak berani naik atas,dia lebih senang duduk di sofa menunggu. Fina  dah membaca kesemuanya dan dia faham. Fina terkejut bila mendengar bunyi jam tangannya. "Okey, Fina time to eat medicine."kata Fina dan mengeluarkan ubatnya. 'Water,I need water."kata Fina dan berlalu ke dapur.
*** Naziff membuka pintu peti ais dengan segera.Tekaknya sudah kering sangat,selepas minum dua teguk baru rasa lega.Naziff merasa pelik melihat lampu biliknya terbuka. Naziff membuka pintu dengan perlahan-lahan agar tidak mengejutkan sesiapa yang berada di biliknya. "Lebih baik aku lari cari pacar yang baru,"nyanyinya. "Perempuan,"katanya perlahan.Kelihatan susuk tubuh seorang perempuan sedang berdiri di hadapan cermin. "Tak sabarnya,"katanya gembira.Naziff terus menolak daun pintu dengan kuat menyebabkan perempuan itu terkejut. "Kau siapa,macam mana kau boleh masuk rumah aku?,"tanyanya garang.Fina mengigit bibirnya, "Urrm,saya masuk dengan kuncilah takkan pecahkan rumah ni pula.Saya tak pandai."kata Fina tanpa menoleh dia takut. "Pandang aku bila cakap." sergahnya.Terkejut Fina dan terus menoleh. "Saya bukan pencuri,"kata Fina takut. Terdiam Naziff memandangnya mukanya berubah. "Tolong,jangan bagitahu polis encik.Saya datang sini Cuma nak jumpa suami saya saja."kata Fina tanpa perasan akan perubahan wajah Naziff. "Fina,"sebutnya akhirnya. "Eh,encik tahu nama sayalah,Tapi saya tak tahu nama encik."kata Fina happy macam budak kecil. Naziff mendekatinya mahu menyentuh wajah Fina agar dia tak mimpi yang isterinya dah pulang. Fina masih senyum ,Naziff mengerutkan dahinya. "Kenapa kau balik,"tanyanya sambil tolak badan Fina dengan kasar.Terduduk Fina kerana tolakan kuat daripada Naziff. "Kenapa tak pergi terus tinggalkan aku sendiri dekat sini.Muka saja suci tapi hati busuk."kata Naziff benci. "Hei,apa tolak-tolak.Saya tak tolak awak janganlah awak nak tolak saya.Saya Cuma nak jumpa suami saya yang sepatutnya tinggal sini.Awak siapa?,"tanya Fina geram tapi cara cakapnya lembut. "3 bulan hilangkan diri tinggalkan suami dah lupa dah wajah suami kau."marahnya. Fina mengulang balik ayat Naziff tadi. "Oh,jadi awaklah."kata Fina dan menyalam tangan Naziff. "Sorry,tak cam muka. Awak makin hensem."puji Fina sengal.Naziff mengerutkan dahi, "I miss you so much."ucap Fina agak kekok apabila memeluk Naziff.Naziff menolaknya, "Apahal kau peluk aku,"tanya Naziff. "Janganlah marah,saya just nak lepaskan rindu."kata Fina dengan senyumannya. Berdebar hati Naziff melihat senyuman tu. "Jangan ingat senang saja aku nak maafkan kau setelah apa yang kau lakukan dekat aku.Faham,"jeritnya dan meninggalkan Fina yang kebingungan.
*** Ramai yang memeluk Fina bila Fina muncul bersama Naziff. Fina membalas saja tapi kekok kecuali dengan kakaknya saja.Banyak soalan daripada mereka tapi Fina hanya senyap saja dan senyum. "Kak,suami Fina tu hensem juga kan.Tapi dia garanglah kak.macam mana Fina dulu boleh tahan dengan sikap dia."tanya Fina.Kak Fiza mengusap rambut Fina, "Fina,buat masa ni Naziff tak dapat terima Fina semula.Dia terluka jadi Fina kena banyak sabar dengan perangai dia.Walau apapun terjadi jangan tinggalkan dia lagi."kata Kak Fiza. Fina hanya mengangguk saja sambil memandang Naziff yang duduk tak jauh daripada mereka. Fina senyum melihat wajah Naziff, "Awak," panggil Fina. Tersedak Kak Fiza mendengar panggilan Fina pada Naziff.Naziff hanya buat tak tahu, "Fina,kenapa panggil Naziff awak.Fina panggil Naziff abang bukan awak."bisik Kak Fiza. "Oh ya ke,Fina tak ingatlah."kata Fina sambil tersengih. 'Hai,Naz."panggil  seorang perempuan. Apapun,Naziff sedang tersenyum bila perempaun itu mendekatinya. 'Kak,itu siapa.Sibuk saja."kata Fina yang kurang gemar dengan pakaian perempuan tu. 'Itu sepupu suami kamu.Shila."kata Kak Fiza. Fina hanya pandang tajam pada mereka yang sedang bergelak tawa.
*** Fina memetik gitar itu dengan betul sambil menulis lagu. Malam yang sejuk membuatkan Fina dapat idea dengan banyak.Rambutnya dibiarkan bebas .Senang hati Fina bila rambutnya ditiup dengan angin terasa semua masalahnya terlepas. Naziff  menutup pintu dengan kuat membuatkan Fina berhenti main gitar. Fina memandang Naziff dengan senyuman, "Abang dah balik."kata Fina. Naziff hanya diam saja, "Abang,Fina buatkan abang air ya."kata Fina cuba mengambil hatinya.Tapi Naziff hanya diam tidak mengangguk atau menggeleng. Fina meletak barangnya dan menuju ke arah Naziff.Dibukakan tali leher dengan stokin, Naziff mengetap bibirnya menahan getaran di dada.Dia tak mahu mengalah, "Lepas ni,abang mandi bersihkan diri.Nanti Fina siapkan air panas untuk abang."kata Fina lembut saja. 'Tak payah bagitahu,aku tahulah nak mandi ke apa.Kau tak payah sibuk."kata Naziff dan menolak tangan Fina. "Fina tahu abang tahu,"balas Fina dengan senyuman. Naziff tak mahu layan sangat takut tergoda. Fina mahu turun tapi telefon bimbit milik Naziff berdering.Naziff sudah masuk ke bilik air. Fina segera menjawab. 'Salam,'sapa Fina lembut. "Naziff mana?,"tanya seorang perempuan kasar. "Urm,suami saya tengah mandi."kata Fina. "Oh ya,nanti sampaikan pada dia,I love you so much from Shila."kata perempuan itu dan letakkan phone. Fina meletakkan semula phonenya dan turun buat air untuk Naziff.
*** Naziff keluar daripada bilik air dan masih terdengar bunyi petikan gitar di beranda. Fina masih tak tidur lagi walaupun dah lewat malam. Sebaik melihat,naziff keluar. "Abang,air dekat atas meja and tadi Shila call dia sampaikan pesanan."kata Fina dengan muka tak kisahnya. "Apa dia?,"tanya Naziff. "I love you so much."kata Fina tapi menyentakkan hati Naziff bila Fina mengucapnya. 'I love you too, sayang,'balasnya dalam hati. "Shila pesan tu saja."kata Fina tanpa memandang Naziff kerana memokuskan gitarnya. Naziff terus baring mahu tidur,geram bukan Fina yang ucapkan tapi daripada Shila. 'Eh,kenapa Shila cakap macam tu.'kata Naziff dalam hati.
*** Shila memandang Naziff yang memandangnya semacam. "Naziff,kenapa ni.Tenung saya macam tu."tanya Shila. "Kenapa cakap macam tu pada Fina."tanya Naziff serius. 'Apa,I love you so much tu ke, dia bagitahu awak.reaksi dia macam mana?,"tanya Shila mahu tahu."Selamba,"jawab Naziff.Berkerut dahi Shila mendengarnya, "Dia tak jealous ke?,"tanya Shila. Naziff menggeleng. "Kenapa cakap macam tu,?,"tanya Naziff sekali lagi. 'Saja,nak buat dia jealous sikit.Tapi tak menjadi."kata Shila. Naziff hanya diam saja.
*** Fina memandang mak yang sedang layan ayah dengan mesra, "Mak dan ayah ni dah tua pun still loving.'kata Fina.Mak dan ayah ketawa mendengarnya, 'Tapi tak loving macam kamu dengan Naziff.Pantang jumpa,mesti melekat je."kata mak. "Ya ke,mak?,"tanya Fina yang sudah hilang memori pasal tu. "Yalah,sampai abang long kamu tu geli tengok kamu berdua mesra tak kira tempat. Fina mengangguk dan mula merancang sesuatu.
*** Fina  memandang semua gambar di dalam bilik terpencil tu. 'Wow,ini memang sweet gila. Banyaknya gambar aku,cantik pula tu."kata Fina dan ketawa sendiri. Tapi Fina lebih banyak memandang wajah Naziff yang mengusik hatinya sejak pertama kali bertembung walaupun tak sweet caranya tapi mampu buat Fina rasa indah bila bersamanya. "Kau buat apa ni?,"tanya Naziff dengan kuat menyebabkan terlepas gambar ditangan Fina. "Eh,abang.Sweetlah semua gambar ni.Abang nampak comel sangat."kata Fina. Naziff menarik tangan Fina dengan kasar. "Jangan berani kau masuk sini lagi.Ini tempat larangan untuk kau."kata Naziff. Fina memegang wajah Naziff yang agak dekat dengannya.Tetiba hati Fina jadi pilu,bila merenung mata Naziff. Naziff  terdiam bila tangan lembut itu menyentuh wajah tu.Air mata Fina menitis tetiba,Fina segera menarik tangannya dan mengesat air matanya. 'I'm sorry. Fina tak tahu pula tempat ni larangan.Fina minta maaf."kata Fina dan pergi.
*** Sejak Fina pulang,banyak pekara yang berlaku.Perubahan sifat Fina yang mendadak dan hobi baru Fina yang dia tak tahu selama ni. Fina nampak ceria seperti tak ada masalah.Dia akan senyum bila Naziff menengkingnya. "Abang,cuba try kek ni."kata Fina dan selamba saja duduk di riba Naziff. Fina menyuakan kek pada Naziff.Naziff tidak melenting macam biasa, 'Bukalah mulut,"kata Fina. Naziff membuka mulutnya dan merasa kek itu. 'Macam mana,sedap tak?,"tanya Fina. "Bolehlah,"katanya.Fina mengerutkan dahinya, "Macam tak sedap saja."kata Fina comel dan memakan baki Naziff tadi. "Urrm,okey sedap.Abang,cakaplah betul-betul."rengek Fina manja. Naziff menahan senyuman, "Abang,Fina tak tahu nak rasa macam mana ni.Sedap ke tak."tanya Fina bingung. Naziff menarik tangan Fina yang sedang pegang kek dan disuapkan kedalam mulutnya sehingga jari Fina dalam mulutnya. "Abang makan semua kan,maknanya apa?,"tanya Naziff dengan senyuman. Fina  senyum gembira. "Yes,hasil tangan Fina yang ke 10 akhirnya jadi."kata Fina dan menjilat tangannya. Fina mencium pipinya, "Thanks,"kata Fina dan bangun dari ribanya. Sebaik Fina bangun,Naziff tersedar. "Apa yang berlaku tadi?,"tanya Naziff sendirian.
*** Naziff memandang Fina yang hanya senyum saja bila berhadapan dengan Mida dan Feroz. 'Wow,Fina kau makin kuruslah."kata Mida memulakan bicara. "Tak adalah,saya biasa saja."kata Fina dengan senyuman. Mida memandang Feroz pelik. "Fina,kau ingat lagi masa kita semua kat kolej pasal kau,Naziff dan Rania."tanya Feroz. Fina menggigit bibirnya. "Ingat,"katanya kurang yakin. Naziff perasan yang tu, "Korang gaduh besar sampai kau boleh pengsan kan."kata  Feroz over. Fina hanya angguk saja sambil senyum hambar. Naziff mendapat idea, "Sayang,pengsan sebab apa ek masa tu."tanya Naziff sengaja. Fina memandang Naziff yang sedang merenungnya. "Fina pengsan sebab urm sebab ..eeii laparlah."kata Fina ubah topik. Feroz dan Mida saling berpandangan dengan perangai Fina. Naziff memeluk tubuh dan memandang Feroz dan Mida. Fina dibawa oleh Mida ke kedai buku. "Kau nampak kan tadi,dia dah berubah sejak balik."kata Naziff tenang. "Dia bukan dah berubah malah dia seolah-olah mengelakkan cakap pasal pekara lepas."kata Feroz. Naziff hanya diam, "Apapun aku yakin Fina tetap Fina .Cuma berubah sikit."kata Feroz.
*** Fina menarik tangan Naziff sebaik saja Naziff masuk bilik, "Cuba abang dengar lagu Fina.'kata Fina dan mendudukkan Naziff di kerusi. Fina mengambil gitarnya dan memainkannya.

Ohhh teringat malam menjadi hati bertapa aku selalu merinduimu
Tiada malam yang terindah selain malam ku merinduimu
Meski ku sendiri kutetap merinduimu ohhh
Janganlah kau meragui hati ini milikmu abadi
Ku buka mata hati ku kau dekat sini hatiku ohh
Seandainya ada penganggu hati hati ini tabah menghadapi

*** Fina senyum sebaik saja dia habis nyanyi. "Lagu ni khas untuk abang.Fina Cuma nak bagitahu yang Fina masih cintakan abang seperti dulu walaupun  abang fikir Fina dah berubah. Hati Fina takkan pernah berubah walau sedikit pun. I'm yours forever your."kata Fina. Naziff  menggetap bibirnya dengan geram, "Dah tak ada lagi kan, aku nak tidur."kata Naziff. Fina memandang saja Naziff pergi.
*** "Wowoo,siapa disini.Fina si isteri nusyuz."sindirnya. Fina hanya buat tak tahu, "Naziff ada?,"tanya Fina pada secreatary Naziff. 'Ada puan,mahu saya bagitahu dia puan datang."tanya secreatarynya. 'Tak apalah,mesti dia tengah busy kan.Just inform him."kata Fina dan menyerahkan nota kecil. 'Baik puan."jawab secreatarynya. Fina segera pergi dengan segera. 'Bak sini apa yang perempuan tu bagi."kata Shila dan merampas nota itu bila secreatary Naziff teragak-agak mahu bagi. Shila senyum sinis , 'Biar aku bagi."kata Shila dan masuk ke dalam bilik pejabat Naziff. Nota tadi direnyukkan. "Hai Naz."sapa Shila selamba dan duduk dihadapan Naziff. 'Hai Shila,can I help you."kata Naziff berseri-seri. "Wowoo,you look shiny Naz."kata Shila. "Biasa saja,apa awak nak?,"tanya Naziff. "Saya nak ajak awak lunch dengan saya dekat Hard rock café."ajaknya. "Lunch,okay .Saya pun belum makan."kata Naziff dan bangun. Shila senyum sinis.
*** "Doktor,tiada peluang ke saya nak ingat semula."tanya Fina serius. "Bergantung pada kemampuan dan semangat puan untuk mengingati semula."kata Doktor muda itu. "Doktor,saya betul-betul memerlukan pertolongan doktor saya cintakan suami saya sangat-sangat.Tolonglah saya."kata Fina merayu sambil memegang tangan doktor itu penuh dengan harapan. "Puan,macam saya cakap tadi terpulang pada semangat puan.Saya hanya doktor biasa bukan professor yang boleh mendatangkan memori puan macam tu."katanya. Fina mengeluh,mukanya kecewa sekali. "Fina,"panggil seseorang. Fina menoleh muka Naziff ditatap. 'Abang,'bangun Fina. 'Dia dengar ke tadi.'tanya hati Fina mula risau. "Kau memang perempuan tak sedar diri.Diam-diam kau keluar dengan jantan lain tanpa pengetahuan aku." marah Naziff. "Abang,salah faham ni. Ni kawan Fina,tadi Fina bagi notes dekat secreatary abang.Abang tak dapat ke?,"tanya Fina cuba berlembut. "Kau memang perempuan berlagak suci.terang-terangan kau pegang tangan laki tu depan mata aku."kata Naziff.Marah sungguh dia. Naziff terus  pergi,mukanya yang berseri-seri tadi  berubah sekelip mata bila melihat adegan Fina dengan laki lain.
*** Fina sudah buntu, "Kak,Fina dah rasa seksa sangat kak. Kenapa Fina mesti hilang ingatan."kata Fina putus asa. "Fina,akak dah pesan kan bersabar.Sabar tu paling penting. "pujuk Kak Fiza. "Kak,mana ada perempuan yang sanggup menahan telinga suaminya memaki isteri dia setiap masa.Fina dah tak sanggup lagi.Fina bukan Fina dulu yang pandai pujuk."kata Fina sedih.Air matanya dah gugur. 'Fina,be strong.Allah sangat menyayangi hambanya yang banyak bersabar dan Allah pasti merancangkan sesuatu untuk kamu Fina sesuatu yang membawa kebahagiaan."kata Kak Fiza.Fina memeluk badan Kak Fiza dengan erat dan menangis melepaskan semuanya.
*** Fina duduk di beranda menahan kesejukkan. Fina memetik gitar hanya memetik gitar tidak peduli dengan makian yang  dilemparkan dari dalam. 'Woi,diamlah.Aku nak tidur,kau faham tak."marah dia. Fina tetap memetik gitar tu. Naziff dah tak tahan dengan segera dia keluar dari situ. Fina hanya termenung di beranda sehingga pagi.Naziff melihat Fina yang masih memetik gitar tanpa henti. "Kau ni kenapa,dari semalam petik gitar tak reti penat ke.Aku yang ada telinga ni penat dengar."katanya.Fina  memandang Naziff yang sedang menunjukkan muka singanya. Fina berhenti dan bangun mendekati Naziff, "Fina takkan tinggalkan abang.Fina tetap sayang abang walau apapun terjadi.Kalau Fina jauh daripada abang percayalah hati Fina selalu dekat dengan abang .Hidup Fina terasa lebih bermakna dan indah bila bersama abang."ucap Fina dengan air mata mengalir. Naziff terdiam. "Fina minta maaf.Fina dah kecewakan abang.Tapi please jangan maki Fina lagi.Fina tak mampu ,tak mampu abang.'kata Fina dan meletakkan kepalanya di dada Naziff. "Jangan maki Fina lagi,Fina tak sanggup."kata Fina sedih. Naziff memeluknya. "Fina tak sanggup,"rintih Fina.
*** Naziff hanya senyap saja, 'Abang,Fina seganlah."kata Fina takut. "Buat apa nak takut sebelum ni kau okey saja kalau pergi majlis macam ni."kata Naziff. Fina mengeluh,dia memegang kepalanya. "Dah tak payah nak berdrama sangat.Jangan fikir aku termakan dengan drama kau lagi."kata Naziff dan keluar meninggalkan Fina.Fina segera mengikutnya. Fina merasa lega bila ada mama . Fina terus mendapatkan mama dan menyalamnya. "Ma,"tegur Fina. Mama memeluknya. "Lama tak nampak Fina,Fina sihat?,"tanya mama. "Fina sihat ma."kata Fina. "Fina nampak berisilah,makin gemuk."kata mama. 'Ya ke mama,teruk tak mak?,"tanya Fina risau. 'Herm,takut betul cik abang lari.'usik mama. Fina senyum. "Kak Fina?,"tegur seseorang buat Fina tercengang. Tubuhnya dipeluk oleh mereka berdua, "Aiza rindu sangat pada kakak."kata Aiza. "Nurul pun.Kak Fina pergi mana selama ni."tanya Nurul. Fina hanya senyum saja, "Kak Fina hati-hati dengan minah gedik tu, Shila.Perasan bagus."kata Aiza. 'Kamu berdua tak baik. Kak Shila tu banyak jasa tau pada kita semua.Dia yang bantu kita."kata mama. "Yalah,bantu dengan tujuan lain.'kata Nurul yang tak berapa suka.Fina hanya diam lebih baik mendengar daripada menyampuk.
*** Fina terkejut melihat Shila yang sengaja menyepak kakinya dengan tumit tingginya. "Aduh,"keluh Fina perlahan. 'Ops,sorry Fina tak sengaja."katanya gedik. 'Tak mengapa."kata Fina dengan senyuman. "Tak payah nak berlagak sucilah isteri nusyuz."kata Shila. Suasana yang sunyi memudahkan kerja Shila. "Maafkan saya,saya kena pergi dulu.Risau pula Naziff cari saya."kata Fina. 'Huh,jangan nak perasanlah dia cari kau. Dia pun bencikan kau."katanya. "Shila,tak payah nak masuk campur boleh tak. Saya tak ganggu awak dan awak janganlah ganggu saya."kata Fina cuba bertenang. "Kenapa,marah ?,"tanyanya. Fina hanya diam, "Naziff bencikan kau Fina.Kau tinggalkan dia macam tu saja. Nasib baik aku ada boleh tenangkan dia dan ambil cinta dia."kata Shila. Naziff sedang mencari Shila, "Aku rasa dia takkan cari kau dan takkan kisah pun kalau kau pergi.Dan aku rasa dia tengah cari aku bukan kau."kata Shila dan memandang kelibat Naziff.  "Tak,Naziff hanya cintakan aku."kata Fina menafikan semua. Shila menampar wajah Fina dengan kuat, 'Ini tamparan yang dah lama aku simpan sebab rebut Naziff daripada aku.'kata Shila. Fina memegang pipnya yang terasa panas. Fina menahan kemarahannya tapi dia tak tahan, "Aku tak pernah ganggu kau Shila.Jodoh tu ditangan tuhan.Aku tak mampu halang jika memang dia jodoh aku."kata Fina. "Herm,dahlah Fina mengalah saja.Lepaskan Naziff dan aku janji akan bahagiakan dia lebih daripada kau lakukan sebelum ni."kata Shila. Fina menampar Shila. "Auww,"terkejut Shila bila tamparan Fina terlalu kuat. "Aku benci kau,"kata Fina. Tetiba Fina mendapat tamparan lagi satu, 'Kalau kau benci dia bermakna aku pun kau benci sebagaimana  aku benci kau."katanya. Fina menahan getaran yang semakin kuat. Kepalanya dipegang buat kali kedua. "Naz,dahlah tu jangan macam ni nanti orang nampak."kata Shila pura-pura. "Biarkan orang nampak,biar orang tahu yang dia ni perempuan nusyuz."kata Naziff. "Kita jumpa di mahkamah syariah."katanya. Bagai gugur jantungnya mendengarnya. Berderai air mata Fina mendengarnya Shila pula bersorak gembira dalam hati. Fina segera pergi dari situ panggilan mama ,Aiza dan Nurul diendahkan. Fina menahan teksi. Didalam teksi juga dia menghamburkan semuanya. "Fina,benci abang.Benci.'kata Fina macam orang gila.
*** Fina mengambil semua nota yang ditulis olehnya dulu sebelum pembedahan. Dibuang dalam tong sampah,gambar yang diberi,hadiah dan yang lain-lain semuanya dibuang dalam tong sampah. "Fina benci abang.Abang dah tak sayang Fina lagi."kata Fina penuh benci. Fina memandang ubat yang dia selalu makan bagi mengurangkan rasa sakit kepala selepas pembedahan.  "Buat apa aku perlukan ni lagi sedangkan orang dah tak harapkan aku lagi."kata Fina dan membuat isi botol ubat itu ke luar.Botol tu dilemparkan tepi bakul sampah. Fina mengambil barang yang perlu baju milik Naziff yang selama ni dia simpan dcampak tepi.Fina merasa sakit kepala sangat,tapi diendahkan. Fina segera pergi dengan menaiki teksi itu semula. Didalam teksi sakit kepalanya makin menyerang,dan bagai doa dimakbulkan.Fina dapat mengingati semula memorinya dan akibatnya Fina pengsan disitu. "Puan,puan."panggil pemandu itu.
*** Naziff masuk kedalam rumah dengan perasaan kacau.Naziff melihat bilik yang kosong. Dia malas mahu fikir dulu,dia pening,bingung. Tapi wajah Fina di majlis itu disaat dia kata macam tu wajah Fina berubah jelas. Naziff memandang baju lamanya yang dicarinya berada di atas lantai.Segera Naziff ambil dan dia bau haruman isterinya. Dicium baju itu penuh rindu,matanya terlihat botol di tepi sampah.Dicapai dan dia makin pelik bila ada banyak kertas dalam bakul sampah itu. Dicapai satu kertas dan dibaca.Kemudian,Naziff mengeluarkan semua kertas tu.Naziff segera mengambil kunci kereta dia perlukan penjelasan daripada Kak Fiza.
*** Fina hanya diam,berita dia mengandung tidak membahagiakan dia langsung.Puas Kak Fiza memujuknya tapi Fina tetap macam tu.Tak mahu makan.Fina asyik menangis saja. Kak Fiza pulang dengan rasa penat sekali, "Kak Fiza,'sapa satu suara. Kak Fiza memandang Naziff yang nampak kusut. "Naziff,kenapa datang tak bagitahu.Marilah masuk."ajak kak Fiza. Naziff hanya ikut saja. Belum sempat kak Fiza nak duduk. "Kak,boleh bagitahu saya apa dah jadi 3 bulan lepas."tanya Naziff serius. 'Jadi apa,kak Fiza tak fahamlah."kata Kak Fiza bingung. 'Pasal Fina,Fina pergi mana sebelum ni?,"tanya Naziff. Kak Fiza mengerutkan dahinya, 'Kak Fiza,jangan pura-pura tak faham. Fina pasti datang jumpa kak Fiza bukan sebelum dia menghilang."kata Naziff. Kak Fiza mengeluh dan duduk, "Akak terpaksalah bagitahu kamu pasal Fina memandangkan keadaan Fina makin teruk sekarang ni."kata kak Fiza.
*** Naziff memandang Fina yang hanya termenung saja. 'Fina,"panggilnya jelas suaranya agak berlainan. Fina tak pandang langsung. 'Sayang,'katanya dan cuba pega ng tangannya tapi Fina mengelak. "Sayang,'panggilnya dan memegang tangan Fina dengan erat. Fina menarik, 'Sayang,maafkan abang."ucapnya. 'Apa sayang-sayang.Siapa kau ni .Nurse nurse."jerit Fina kuat. 'Sayang,ni abang sayang.Abang datang nak jemput sayang pulang pada abang."kata Naziff. 'Nurse,"jerit Fina. Naziff memeluknya dengan erat. Fina meronta. "Lepaskan aku,lepaskan aku.Lepaslah,tolong."jerit Fina. 'Lepas,"jerit Fina. Fina menolak Naziff dengan kuat menyebabkan pegangan Naziff terlepas. Fina segera mengambil pisau diatas meja. 'Pergi,aku kata pergi.jangan pernah datang sini."kata Fina. 'Sayang,'kata Naziff dan mendekatinya. 'Jangan dekat,kalau tak aku kelar tangan aku."kata Fina. 'Fina,mengucap."panggil Kak Fiza. Fina tak peduli,Naziff datang dekat,Fina mengelar tangannya. 'Ya Allah,Fina."ucap Kak Fiza. Fina mengugut mahu megelar lagi.Naziff ke belakang. 'Pergi,aku benci kau pergi.aku benci kau."kata Fina dengan tangisan. Doktor masuk bersama Nurse. 'Pergilah,aku tak diperlukan lagi dalam hidup kau.Biar aku mati buat apa aku hidup."rintih Fina. Naziff segera mendapatkan Fina bila Fina mula lemah.
*** Naziff menanti disisi Fina, 'Fina kena operation terdapat darah beku dalam kepalanya.Dia terpaksa tinggalkan kamu .Dia kata risikonya tinggi.Jadi dia mahu rahsiakan daripada kamu dia tak sanggup nak bagitahu. Banyak pesanan dia sebelum dia kena operate."kata Kak Fiza. 'Kenapa Fina perlu rahsiakan daripada abang."tanya Naziff. Naziff memegang perut Fina yang ada benih cinta mereka. 'Sayang,kena sihat makan banyak-banyak demi baby kita."kata Naziff dan mencium perutnya dan dahi Fina.
*** Fina merenung saja ke luar jendela. "Bila nak ke mahkamah?,"tanya Fina akhirnya buka mulut. Naziff hanya diam, "Bila awak nak lepaskan saya?,"tanya Fina lagi. "Sampai bila awak nak 'simpan 'saya.Saya isteri nusyuz yang derhaka pada suami.Tinggalkan suami tanpa sebab yang kukuh"kata Fina langsung tak memandang wajah Naziff. "Saya ni kan hina."kata Fina lagi. Naziff hanya diam, "Atau awak susah nak lepaskan saya sebab saya mengandung."kata Fina lagi. "Saya isteri nusyuz kenapa tak anggap saja bayi dalam perut saya ni anak orang lain."kata Fina lagi.Kali ni Naziff tak tahan, 'Fina,abang takkan lepaskan Fina sampai bila-bila.Takkan lepaskan and I love you and our baby. I believe that’s my baby our baby. Abang yang hina,sayang tak pernah nusyuz pada abang."kata Naziff sambil memegang wajah Fina. "Fina sendiri yang cakap that you are mine only mine and me your mine."kata Naziff. "Itu dulu masa zaman kita bahagia sekarang zaman kita derita.Jadi,awak hanya miliki tubuh saya not my love."kata Fina dengan renungan penuh benci. "Kenapa Fina jadi macam ni.Kita tak sepatutnya macam ni."kata Naziff sesal. Fina ketawa sinis, "Hei,siapa yang mahu pekara jadi macam ni,Awakkan,bukan awak pernah kata kalau saya benci Shila bermakna awak benci saya dan I still hate her.Adil kan, dua-dua saling membenci."kata Fina.Naziff meraup wajahnya. "Fina,can we just let go the past and make a new life."kata Naziff. "Kenapa awak tak mulakan dari dulu lagi take a new water and throw the black water.Apa yang awak buat bila saya balik,awak marah saya maki saya bencikan saya. I've promised you that I will come home after 3 months.Tapi awak sendiri yang menanam sifat benci awak pada saya sehinggalah awak sendiri yang membaja agar timbulnya sifat benci dalam hati saya. You've did it,Naziff."kata Fina. Naziff terus keluar daripada situ. Fina memegang dadanya,diusap perlahan perutnya. "Ampunkan hamba mu ini,"kata Fina.
*** Fina terjaga bila mendengar bunyi bising, "Fina sayang,"panggil suara itu membuatkan Fina terjaga. "Owh,Fina sayang tak tidur lagi."kata Naziff mabuk. Jalannya terhuyung-hayang. "Opss,sorry baby I'm late home.I kiss you now."kata Naziff dan mahu cium perut Fina tapi Fina mengelak. "Sejak bila awak pandai minum ni."kata Fina sambil menutup hidup. "Sayang,abang stress.Abang minumlah tu pun Shila yang ajar."kata Naziff dengan senyuman mabuknya. "Pergi bersihkan diri sana."kata Fina sambil menolak badan Naziff yang berbau alkohol. "Kenapa,sayang tak suka ek,bau badan abang ni Kan wangi."kata Naziff mabuk. Fina menolak dengan kuat dia tak suka bau alkohol. Naziff terjatuh atas lantai dan tak bangun-bangun. "Abang,"keluar juga sebutan abang pada Naziff. 'Abang,'kejut Fina. Tapi hanya dengkuran halus saja. Nak tak nak Fina kena bersihkan diri Naziff.Dipapah Naziff ke bilik air untuk dibersihkan dirinya. Selepas itu,Fina pakaikan baju bersih pada Naziff. Baru diletakkan di katil. Fina mencapai tangan Naziff dan meletakkannya di perut Fina sendiri. "Baby gerak,"kata Fina gembira.
*** Naziff terjaga daripada tidur,kepalanya pening. Dilihat bajunya berlainan daripada semalam.Naziff melihat Fina yang sedang tidur. Semalam Naziff keluar bersama Shila mahu meluahkan rasa sakit hati dan akhirnya Naziff mabuk kerana pujukan Shila juga. Naziff mengusap wajah Fina,dicium wajah itu dan perut Fina dengan penuh kasih sayang. Tapi Fina terkejut bila terasa tendangan dalam perut membuat dia tersedar.Fina segera bangun memandang wajah Naziff yang nampak segar. Naziff merenung saja Fina, "Awak nak air ke bagi hilangkan rasa pening."tanya Fina tanpa memandangnya. Naziff mengerutkan dahi tak faham. "Semalam awakkan mabuk."kata Fina. Naziff meraup wajahnya, "Maafkan abang pasal semalam.Abang ada cederakan Fina ke?,"tanyanya risau. Fina menggeleng dan mahu turun. Naziff segera menahannya. "Sayang,tak perlu."kata Naziff dan bangun sendiri. Fina baring semula dan memikirkan semula tentang hubungannya. Fina memandang Naziff yang baru keluar daripada bilik air.Fina pandang saja Naziff memakai baju. Fina tersentak bila Naziff pakai baju yang dia simpan selama ni. Naziff melemparkan senyuman pada Fina. "Awak,"panggil Fina. Naziff menoleh, "Jangan mabuk lagi,"pesan Fina. Naziff senyum  dan mengangguk. "Awak,"panggil Fina lagi. Lagi sekali Naziff menoleh, "Boleh tolong  belikan asam."kata Fina. Naziff mengangguk dan mahu pergi tapi lagi sekali Fina memanggilnya, "Abang,"panggil Fina. Naziff terus berhenti, "Jangan pergi,boleh."tanya Fina. Naziff menghadap Fina menanti katanya seterusnya. 'Jangan pergi mana-mana.Fina tak nak abang pergi mana-mana."kata Fina. Naziffmendapatkan Fina dengan segera dipeluk Fina dengan erat.Air matanya jatuh bila Fina mula menerimanya semula. "I'm sorry,'ucap Fina dengan tangisan. Naziff mencium bertubi-tubi, "Sayang,tak salah apa-apa.Abang yang salah."kata Naziff. "Jangan minum lagi air setan tu.Fina tak suka tengok abang mabuk."kata Fina. "Baiklah,sayang.Abang cintakan sayang sangat-sangat."kata Naziff. "I love you too."ucap Fina.
*** "Sayang,hati-hati."kata Naziff.Fiina senyum saja, "Lain kali jangan keluar tanpa teman.Abang risau tau."katanya manja. "Dah-dah Naz asyik nak bermanja saja.Sakit mata abang long."kata Abang long. Fina ketawa perlahan. 'Eleh,abang long jealous kan."kata Naziff dan mendudukkan Fina di bangku. "Nanti Naz temankan Fina dekat labour room ke?,"tanya Kak Fiza. "Of courselah kak.Naz sebagai laki kenalah temankan bini yang comel ni lahirkan anak kami. Dah Naz jadikan Fina macam ni kenalah saling membantu.Kan sayang."kata Naziff lucu. "Abang ni,jangan buat Fina segan."kata Fina menolak pipi Naziff. 'Apa salahnya,bagitahu diaorang biar abang long tu jealous."sempat lagi kenakana bang long. Fina senyum, 'Fina,tak sangka suami kamu ni memang manja."kata Abang long. "
Abang long,kalau nak tahu daipada kolejlah Naz macam ni manja saja."kata Fina kenakan Naziff. Naziff sengih, "Yalah,Naz kenalah manja dengan Fina saja kalau tak merajuklah dia panjang."kata Naziff. Fina memukulnya, "Abang yang buat Fina sedih,cakap pun kerat-kerat jalan."kata Fina. "Dia yang salah,tak habis cakap lagi dah fikir lain."kata Naziff sambil mencuit hidung Fina. Fina mahu membalas lagi tapi perutnya sakit. "Auww,Auww.perut Fina sakit abang."kata Fina. 'Sayang,nak bersalin ke.Kejap-kejap."kata Naziff dan memimpin Fina ke kereta. Air ketumban Fina dah pecah, 'Abang sakit gila.'kata Fina. "Sayang janganlah gila nanti abang pula yang gila."kata Naziff panik. Yang lain ketawa mendengar celoteh mereka. 'Abang jangan main-main.Fina serius."kata Fina geram. Yalah-yalah."kata Naziff dan memandu ke hospital.

*** Bunyi tangisan bayi melegakan semua pihak yang ada. Fina memegang erat tangan Naziff. "Abang,sakit lagi."kata Fina. "Ada lagi satu,"kata doktor itu. Naziff terlopong mendengarnya. 'Abang,sakit"jerit Fina. Naziff menenangkannya. "Fina tarik nafas dan push."kata Naziff. Fina ikut apa kata suaminya.Dan Fina selamat melahirkan satu bayi perempuan satu bayi laki.Semuanya tak sangka,Fina bakal melahirkan anak kembar yang comel-comel persis mereka berdua.


-TaMaT-